Mati Terlebih Minum Air, Pakar Bingung Berapa Banyak Harus Diminum Sebenarnya

Offline
12-16-2016, 03:56 PM,
#1
resim
Pakar perubatan kini tertanya-tanya berapa banyak air yang mesti pesakit ambil apabila dinasihatkan ‘minum banyak air’. — Foto AFP

LONDON, 16 Dis — Hajat hati wanita ini ingin cepat sembuh daripada jangkitan saluran kencing, penyakit yang tidak serius, dengan meminum 236ml setiap 30 minit.

Namun pesakit berusia 59 tahun itu jauh sakit lebih teruk sehingga terpaksa segera dirawat di Hospital King’s College di sini akibat keracunan air atau “hyponatremia”.

Pengambilan air berlebihan itu menyebabkan kandungan garam dalam badannya rendah, keadaan yang boleh mengundang maut, lapor portal The Independent awal bulan ini.

Susulan kes tersebut, pakar perubatan memberi amaran ada bahayanya nasihat doktor kepada pesakit selama ini, “minum air dengan banyak”.

Kini, pakar perubatan tertanya-tanya adakah jumlah air yang sepatutnya selamat diminum. Kajian lanjut kini diperlukan untuk menentukan kandungan air sesuai di dalam badan.

Dalam laporan kes British Medical Journal, Dr Laura Christine Lee dan Dr Maryann Noronha menyoal apa yang dimaksudkan dengan nasihat doktor, “minum banyak air”?

“Adakah terdapat sebarang risiko daripada nasihat yang asalnya nampaknya bersahaja?”

Laporan kes di jurnal itu menyebut pesakit berkenaan menjadi lebih teruk selepas dimasukkan ke hospital.

“Semasa tiba di jabatan kecemasan, pesakit itu semakin lembik dan bingung. Beliau muntah beberapa kali, menggeletar dan sukar bercakap,” tulis dua doktor tersebut.

“Sepanjang hari [di situ] beliau minum beberapa liter air berdasarkan nasihat perubatan yang pernah diingatinya daripada episod sebelumnya.”

Keracunan air sejenis simptom yang sering dilaporkan dalam sukan lasak dan juga akibat penggunaan dadah, termasuk pil khayal MDMA, yang menyebabkan dahaga melampau.

Namun keadaan ini boleh membawa maut dengan simptom lain seperti perut berangin, muntah dan sakit kepala.

Dalam sesetengah kes yang lebih serius, keadaan ini menyebabkan bengkakan otak, kekeliruan, kekejangan, pengsan dan kematian.

Pesakit yang hilang banyak garam, akibat keracunan air, mempunyai risiko kematian sehingga 30 peratus, lapor portal United Kingdom itu lagi.

Pesakit wanita itu, menulis pengalamannya dalam jurnal sama, masih ingat mengalami masalah sukar menjawab soalan pasangannya dan keadaan itu menjadikannya lebih tertekan.

“Saya masih ingat melihat pasangan saya yang nampak sugul dan monyok, yang lebih menakutkan daripada yang berlaku pada saya [saat itu] kerana saya tidak tahu atau tidak faham apa yang sebenarnya sedang terjadi,” coret wanita itu lagi.

“Saya nampak tangan saya bergoncang-goncang dan saya hairan kenapa saya tidak mampu mengawalnya, kemudian saya baru sedar seluruh tubuh saya sedang bergoncang.”

Dr Imran Rafi, ketua penyelidikan dan inovasi klinikal di Kolej Diraja Pengamal Perubatan (RCGP) di sini, berkata memang penting minum air tetapi tiada sukatan pasti.

“Laporan kes ini [dalam jurnal tersebut] menunjukkan mengambil air berlebihan membawa kesan buruk kepada pesakit. Profesional dalam jagaan kesihatan dan juga pesakit sendiri wajar beringat-ingat tentang perkara ini.”

Agensi Kesihatan Awam England mengesyorkan meminum antara enam hingga lapan gelas air sehari, sementara garis panduan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) England pula mencadangkan minum “air dengan banyak”.

Jadi, sebenarnya berapa banyak air yang sepatutnya pesakit “minum dengan banyak”? - MMO

Possibly Related Threads...
Sebenarnya Kucing Lagi Garang Dari Anjing Ini Buktinya
Tonton Live Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (2014)
Wajah Suspek Tldm Yang Belasah Rakan Hingga Mati.
Penasihat Ds Najib Harus Dipecat - Tun Daim
Kelebihan Minum Air Kosong
Petua Menangani Masalah Mati Pucuk
rare gambar office einstein ketika dia mati
tahi hidung banyak khasiat - doktor terkenal di Austria
Berapa ramai lelaki boleh jadi imam?
Bandar mati di China



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 287
Mati Terlebih Minum Air, Pakar Bingung Berapa Banyak Harus Diminum Sebenarnya
sukawg
106442
Forum Jump: