Mb Negeri Sembilan Tegur Pihak Mahu Buat Ibadah Korban Tapi Mohon Sumbangan

Offline
08-24-2017, 09:53 AM,
#1
resim

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur sesetengah pihak yang ingin menganjurkan ibadah korban, namun memohon sumbangan untuk melaksanakannya.

Beliau berkata, pelaksanaan ibadah itu tidak seharusnya dijadikan beban atau tujuan bermegah-megah sehingga memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak.

“Saya tengok ibadah korban sudah jadi seperti pesta keraian sedangkan dari segi syarak tujuannya adalah untuk bersedekah atau berkongsi kesenangan yang ada dengan fakir miskin.

“Jika tak boleh laksanakan korban, jangan buat. Buat apa pula minta sumbangan pada saya. Saya tengok semangat ibadah korban itu dah kurang dalam masyarakat kita, sedangkan korban itu antara individu dengan ALLAH, bergantung kepada niat kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan ibadah itu juga bergantung kepada kemampuan individu dan bukannya satu kewajipan.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengeluarkan permit kebenaran bagi melaksanakan ibadah korban kerana tiada keperluan.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, sambutan Ambang Merdeka di negeri ini diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban dengan dimeriahkan pertunjukan bunga api.

“Memandangkan pada malam itu juga adalah majlis penutupan Sukan SEA 2017, kita turut memasang skrin besar supaya orang ramai boleh tengok secara langsung.

“Pada keesokannya pula diadakan perarakan yang saya jangkakan dihadiri seramai 20,000 orang. Menariknya turut diadakan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia,” katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Tahfiz Dibakar: Pengetua Sahkan Sumbangan Cecah Rm1 Juta
Tahfiz Dibakar: Saya Tak Mahu Jumpa Suspek, Kata Pengetua
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Tahfiz Terbakar: Zahid Jumpa Najib Esok Mohon Pasukan Khas
Pemilik Nombor Plat Aku Boss Mahu Jual Semula Rm400,000
Misteri Bau Busuk Di Pantai Cacar, Gali Lubang Tapi Tak Jumpa Punca
Khalid Mahu Belajar Memasak Lepas Bersara Ketua Polis
Tak Minat Sambung Belajar, Gadis Cantik Mahu Tebar Roti Canai
Lelaki Mahu Jual Lembu Korban Rm24,000 Namun Tiada Siapa Mahu Beli
Cikgu Sekarang Mahu Senang, Enggan Dihantar Ke Kawasan Pedalaman



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 62
Mb Negeri Sembilan Tegur Pihak Mahu Buat Ibadah Korban Tapi Mohon Sumbangan
sukawg
112173
Forum Jump: