Mekanik Maut Dilanggar Estima Tiba-tiba Mengundur

Offline
01-21-2018, 08:28 PM,
#1
resim
MAYAT mangsa, Ham Kok Hooi, 35, ditutupi dengan kain selepas tersepit di antara sebuah MPV dengan pagar rumah di Taman Makmur, Sabak Bernam di sini tengah hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohd. Hussairy Sidek.

resim
KESAN darah milik mangsa pada bumper sebuah MPV yang terbabit dalam kemalangan di sebuah rumah di Taman Makmur, Sabak Bernam, tengah hari ini. -UTUSAN/Mohd. Hussairy Sidek.

SABAK BERNAM 21 Jan. - Seorang mekanik maut apabila dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dibaikinya di sebuah rumah di Taman Makmur, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ham Kok Hooi, 35, dilaporkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, mangsa yang berasal dari Taman Padu Permai, di sini dikatakan telah datang ke rumah berkenaan untuk membaiki sebuah MPV jenis Toyota Estima yang rosak milik seorang individu.

"Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa berada di bahagian belakang MPV terbabit sebelum kenderaan itu secara tiba-tiba mengundur secara sendiri. Mangsa dikatakan cuba menahan kenderaan tersebut namun gagal.

"Akibat kejadian itu, mangsa telah tersepit di antara MPV berkenaan dengan pagar rumah terbabit sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nor Azmi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini manakala laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat  kecederaan parah di kepala.

Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Utusan

Possibly Related Threads...
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico
Penunggang Y15 Maut Rempuh Kereta Tiba-tiba Buat Pusingan U



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 25
Mekanik Maut Dilanggar Estima Tiba-tiba Mengundur
sukawg
115301
Forum Jump: