Mh17: Najib Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Belanda

Offline
07-14-2015, 11:03 PM,
#1
 


resim

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dengan tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 menjadi tumpuan utama perbualan mereka. 

Rutte membuat panggilan itu pada 5.15 petang di pejabat Najib di sini dan dalam perbualan 15 minit itu, mereka membincangkan mengenai pendekatan yang mungkin boleh diambil kedua-dua negara dalam meneruskan hasrat untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan. 

Pada 17 Julai tahun lepas, penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di Ukraine, mengorbankan semua 298 penumpang dan kru, termasuk 43 rakyat Malaysia. 

Kementerian Luar Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan lima negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas itu menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu. 

Kenyataan Wisma Putra menyebut Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan bagi tribunal itu untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman dan menghalang mereka yang akan mengancam penerbangan awam. 

Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi itu di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 Julai. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 688
Mh17: Najib Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Belanda
sukawg
97008
Forum Jump: