Mh17: Rusia Tolak Penubuhan Tribunal Pbb

Offline
06-28-2015, 12:53 AM,
#1
MOSCOW 27 Jun – Rusia menolak gesaan supaya diwujudkan sebuah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine tahun lalu.

“Kami menentang cadangan itu. Kami berpendapat langkah tersebut tidak kena pada masanya dan tidak produktif,’’ kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennadiy Gatilov yang dipetik agensi berita Rusia.

Gatilov berkata, siasatan kes itu perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Kita mesti tunggu sehingga siasatan kes itu selesai, berbanding menerima pakai penyelesaian tergesa-gesa dengan mewujudkan tribunal berkenaan.

“Kes ini merupakan isu yang amat sensitif dan serius serta perlu dikaji dengan teliti,’’ katanya.

Belanda, Malaysia, dan tiga lagi negara lain mahu sebuah tribunal PBB diwujudkan bagi menyiasat nahas pada Julai tahun lalu itu yang mengorbankan semua 298 penumpang dan krew.

Jet Boeing 777 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine di tengah-tengah pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pihak pemberontak pro-Rusia yang meletus beberapa bulan sebelumnya.

Serangan dipercayai didalangi kumpulan pemberontak yang mungkin menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara yang dibekalkan oleh Rusia bagi menembak jatuh pesawat itu. – AFP

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 547
Mh17: Rusia Tolak Penubuhan Tribunal Pbb
NorCun
96638
Forum Jump: