Mh17 Sah Ditembak Dengan Buk

Offline
10-13-2015, 08:21 PM,
#1
resim
PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) MH17 disahkan ditembak jatuh di timur Ukraine dengan peluru berpandu BUK buatan Russia. - Foto AFP 

GILZE-RIJEN, Belanda: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disahkan ditembak jatuh di timur Ukraine dengan peluru berpandu BUK buatan Russia, menurut Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) ketika membentangkan laporan akhir mengenai nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu. 

Hasil siasatan yang ditunggu-tunggu itu, bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang melancarkan peluru berpandu itu. 

Pengerusi OVV, Tjibbe Joustra, berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari lokasi dalam kawasan seluas 320 kilometer (km) persegi. 

"Pesawat itu berkecai dengan serpihan berselerak seluas 50 kilometer persegi," katanya. 

Dalam laporan itu juga, Joustra mengesahkan tiga anak kapal mati di dalam kokpit terkena serpihan peluru berpandu itu. 

Beliau berkata, siasatan menolak andaian bahawa terdapat bom di dalam pesawat, serangan udara ke udara atau perlanggaran meteor. 

"Serpihan berimpak tinggi daripada peluru berpandu ditemui dalam badan anak kapal yang terbunuh dalam kokpit. 

"Serpihan juga ditemui di dalam kokpit yang dikesan menerusi cat yang dikaitkan dengan bahagian depan BUK," katanya. - Agensi/BH

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 639
Mh17 Sah Ditembak Dengan Buk
sukawg
98906
Forum Jump: