Mh370: Pesawat Menjunam Tanpa Dikawal

Offline
11-02-2016, 01:50 PM,
#1
resim
Para penyiasat ATSB memeriksa serpihan MH370 yang dijumpai.

SYDNEY - Laporan penyiasatan terkini Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini menyatakan bahawa pesawat penerbangan Malaysia MH370 menjunam selepas kehabisan bahan api tanpa dikawal oleh juruterbang.

MH370 yang hilang Mac 2014 itu dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur deghan 239 penumpang dan anak kapal itu merupakan insiden misteri penerbangan terbesar di dunia.

Laporan ATSB menyebut lagi, analisis serpihan sayap flap menunjukkan pesawat itu tidak dikonfigurasi untuk mendarat. - AFP/Kosmo

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai Di Afrika Selatan
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Offline
11-02-2016, 02:51 PM,
#2
Tiada siapa kawal MH370

resim

Sydney: Pakar pasukan pencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mendedahkan analisis terhadap insiden pesawat itu mendapati tiada sesiapa yang mengawal kapal terbang pada saat-saat akhir apabila ia menjunam ke dalam Lautan Hindi.


Analisis itu sekaligus menolak teori sebelum ini yang mencadangkan bahawa pesawat itu dikawal oleh seseorang yang sengaja menjunamkan pesawat ke dalam lautan Hindi.

Laporan teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga seolah-olah menyokong teori penyiasat berhubung insiden malang pesawat Boeing 777 berkenaan.

Pengarah Biro Operasi mencari Pesawat MH370, Peter Foley berkata, analisis terbaru data satelit itu selaras dengan ketinggian dan kadar penurunan pesawat di saat-saat akhir.

Katanya, analisis terhadap flaperon pesawat yang terdampar di Tanzania juga menunjukkan ia mungkin tidak digunakan ketika terpisah daripada pesawat kerana kebiasaannya juruterbang akan mengkonfigurasikan alat itu untuk pendaratan.

"Ia hampir pasti menolak teori bahawa pesawat itu dikawal memasuki air dan pasukan pencari berada di kawasan yang tepat dalam usaha mencari bangkai pesawat ini," katanya.

Laporan itu dikeluarkan pada sidang kemuncak persidangan pasukan pakar antarabangsa dan Australia di Canberra untuk memeriksa semula data berkaitan dalam usaha pencarian pesawat yang hilang ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014. - Metro



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 437
Mh370: Pesawat Menjunam Tanpa Dikawal
sukawg
105546
Forum Jump: