Mi Segera Korea, Samyang Ada Dna Babi

Offline
06-18-2017, 03:15 PM,
#1
resim

INDONESIA - Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia menarik balik dari pasaran empat produk mi segera dari Korea kerana mengandungi fragmen asid deoksiribonukleik (DNA) ba.bi.

Memetik laporan Detiknews, produk berkenaan ialah Samyang (mi segera U-Dong), Samyang (mi segera perisa Kimchi), Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black) dan Ottogi (mi segera Yeul Ramen).

Ketua BPOM Penny Kusumastuti Lukito berkata, pihaknya sudah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

"Kami sudah mengambil langkah (yang sepatutnya), sehingga akhirnya saya menyuruh semua untuk menariknya sendiri tapi sepatutnya pengimport yang menarik sendiri mengikut peraturan sedia ada," katanya.

Penny turut meminta semua cawangan BPOM untuk menarik semula produk itu kerana orang ramai perlu mempunyai perlindungan untuk membeli makanan.

"Dalam peraturan perlindungan masyarakat, saya minta supaya produk itu ditarik dari pasaran dengan segera.

"Secara kebetulan kita sedang melaksanakan operasi sempena Ramadan dan Aidilfitri. Jadi kalau nampak ada dijual, kami akan keluarkan dari pasaran," katanya.

Menurutnya, produk mi segera itu sudah mendaftar ke BPOM dan dalam dokumen pendaftaran itu, pengimport memaklumkan ada produk yang mengandungi DNA ba.bi dan ada yang tidak.

Namun, hasil penemuan di pasaran, ada produk yang dijual tanpa label 'Mengandungi ba.bi' tetapi selepas diuji, ia mengandungi fragmen DNA ba.bi.

"Berdasarkan dokumen itu, kami memberi nombor pendaftaran berbeza tetapi kita juga meminta pengimport untuk meletakkan tanda pemberitahuan ‘Mengandungi Babi’.

"Tetapi selepas melakukan pemeriksaan di pasaran, ada produk yang tidak diletakkan pemberitahuan itu dan selepas diuji ternyata ia mengandungi fragmen DNA ba.bi. Kita minta pengimport untuk menarik semula produk itu daripada pasaran," katanya. - Metro


resim
Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black)

resim
Ottogi (mi segera Yeul Ramen)

Possibly Related Threads...
Maqis Nafi 74 Kontena Berisi Kambing Campur Babi Lolos
Selebriti Pernah Belot Pulang Semula Ke Korea Utara
Harga Petrol Di Korea Utara Rm12.50 Seliter
Ketupat Segera Dalam Plastik Boleh Sebabkan Mandul, Kanser
Manusia Perlu Keluar Segera Dari Bumi Jika Mahu Hidup Lama
Nahas Hawk Tudm: Hishammuddin Arah Punca Nahas Disiasat Segera
Viral Amoi Korea Beli Sampin Baju Melayu Di Bazar
Rogol: Butang Kecemasan Penumpang Grabcar Akan Segera Diaktifkan
Pengawal Kacak Presiden Korea Selatan Jadi Tumpuan
Kapal Selam Amerika Tiba Di Korea Selatan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 66
Mi Segera Korea, Samyang Ada Dna Babi
sukawg
110947
Forum Jump: