Militan Is Rancang Siri Letupan Mirip Ji

Offline
04-29-2015, 09:51 AM,
#1


KUALA LUMPUR 28 April - Anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) yang ditangkap di Gunung Nuang, Hulu Langat, Sabtu lalu berkemungkinan merancang siri letupan sama seperti yang pernah dilakukan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di beberapa buah negara Asia Tenggara, lebih sedekad lalu.

Ini berikutan bahan letupan jenis ammonium nitrate fuel oil atau dikenali ANFO yang diuji itu merupakan bahan letupan sama yang pernah digunakan anggota JI ketika serangan menggemparkan dunia khususnya di Indonesia.

Lebih membimbangkan, ANFO juga merupakan bahan letupan sama yang sering dipraktikkan pakar bom utama JI, Dr. Azahari Husin yang sebelum ini menjadi antara individu paling dikehendaki di beberapa buah negara dan digelar sebagai ‘Demolition Man’ di negara ini.

Sumber berkata, bahan letupan jenis itu sememangnya popular dalam kalangan kumpulan militan lebih-lebih kaedah pembuatannya agak mudah.

“Cara pembuatan bahan itu kini boleh dipelajari di internet dan bahan-bahan pembuatannya juga boleh dibeli di pasaran terbuka.

“Perkara itu berbeza pada zaman kewujudan JI dengan hanya pakar-pakar tertentu seperti Azahari yang mempunyai berkebolehan mencipta bom menggunakan ANFO.

“Namun bahan letupan yang sedang diuji kumpulan IS baru-baru ini dilihat sama seperti yang pernah dilakukan JI dalam siri pengeboman beberapa tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sumber memberitahu, bagaimanapun, ahli kumpulan berkenaan belum mencapai tahap kepakaran seperti Dr. Azahari dan menyebabkan mereka terpaksa melakukan eksperimen di Gunung Nuang terlebih dahulu sebelum membuat serangan sebenar.

“Sungguhpun begitu, ancaman kumpulan militan itu tetap serius kerana mereka dikesan dalam perancangan untuk melakukan serangan menggunakan bahan letupan terbabit di lokasi strategik.

“Mereka menggunakan 20 hingga 50 kilogram ANFO untuk membuat eksperimen itu. Bayangkan bagaimana jika mereka menggunakan lebih daripada jumlah itu untuk membuat serangan di beberapa kawasan strategik di negara ini,” kata sumber.

Minggu lalu, sekumpulan 12 rakyat tempatan yang disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditangkap ketika sedang menguji bahan letupan di sebuah kawasan terpencil Gunung Nuang.

Difahamkan mereka mahu menguji bahan letupan jenis ANFO untuk perancangan melakukan serangan di beberapa kawasan strategik di seluruh negara.

Dalam operasi itu, Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas merampas amonium nitrat sebanyak lebih 20 kilogram, serbuk dipercayai potasium nitrat (20 kilogram) dan cecair kerosin (2 liter), empat biji bateri 9 volt, alat kawalan jauh (dua) dan pelbagai barangan lain.

Possibly Related Threads...
Lebih 10,000 Militan Is Terbunuh
75 Telah Ditahan Polis Elemen Kumpulan Militan Negara Islam (is)
Wanita Mengaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan Is
Isil Rancang Letup Bangunan Di Kuala Lumpur?



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 646
Militan Is Rancang Siri Letupan Mirip Ji
NorCun
95206
Forum Jump: