Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015

Offline
09-26-2017, 02:35 PM,
#1


resim

NEW YORK 26 Sept: Harga minyak dunia melonjak lebih tiga peratus dengan Brent mencecah paras tertingginya dalam tempoh lebih dua tahun.



Peningkatan itu didorong beberapa faktor, terutama perakuan pengeluar minyak utama dunia bahawa pasaran global kini dalam proses kembali seimbang selain ancaman Turki untuk menyekat minyak daripada rantau Kurdistan Iraq ke pelabuhannya.

Kontrak penanda aras antarabangsa, Brent bagi November naik AS$2.16, atau 3.8 peratus kepada AS$59.02 setong iaitu paras tertingginya sejak Julai 2015.

Dagangan bagi kontrak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) bagi November pula naik AS$1.56, atau tiga peratus kepada AS$52.22 setong iaitu paras tertingginya sejak April.

Jurang antara WTI dan Brent semakin meluas kepada AS$6.61, iaitu paras paling ketara sejak Ogos 2015.

Turki dalam pengumumannya berkata ia akan melaksanakan pemotongan bekalan menerusi saluran paip yang membawa minyak dari utara Iraq ke pasaran global.

Ia sekali gus memberi kesan lebih besar kepada rantau Kurdish yang bergelut menjayakan referendum kemerdekaannya.

Kerajaan Iraq tidak mengiktiraf referendum itu dan meminta campur tangan negara asing untuk memberi tekanan dengan menghentikan import minyak Kurdish.

"Sekiranya saranan boikot ini berjaya sekitar 500,000 tong minyak mentah akan berkurangan setiap hari daripada pasaran minyak global," kata Commerzbank dalam notanya. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
29 Jun: Harga Minyak Dunia Naik
28 Jun: Harga Minyak Naik 2 Peratus
22 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh, Terendah 10 Bulan
20 June: Harga Minyak Dunia Susut, Terendah Dalam 7 Bulan
9 Jun: Harga Minyak Terus Jatuh
7 June: Harga Minyak Naik, Brent Usd50.12



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 393
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
sukawg
112969
Forum Jump: