Misteri Bau Busuk Di Pantai Cacar, Gali Lubang Tapi Tak Jumpa Punca

Offline
09-11-2017, 10:17 PM,
#1
resim
LUBANG yang berpunca bau busuk dan dihurung lalat di Pantai Kampung Cacar Paka.- Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Misteri bau busuk di Pantai Cacar, di sini, petang tadi, masih belum terungkai walaupun polis mengambil langkah menggunakan jengkaut bagi mengesan punca bau berkenaan.

Penduduk Kampung Cacar membuat laporan polis selepas terganggu dengan bau busuk dari arah pantai berkenaan, yang disangkakan bau mayat, kira-kira jam 5 petang tadi.

Penduduk, Muhamad Noor Hafiz Che Musa, 22, berkata ketika berada di kedai makan milik ibunya, Rohaya Omar, 53, tidak jauh dari kawasan pantai itu, jam 3.30 petang, beliau dan beberapa pelanggan terhidu bau busuk.

"Bau itu membuatkan pelanggan tidak boleh makan. Saya kemudian turun ke arah pantai dan mencari punca bau busuk itu sebelum terjumpa sebuah lubang yang dihurung lalat. 

"Saya bersama seorang penduduk cuba menggali lubang terbabit, namun gagal menemui apa-apa dan kemudian menghubungi Balai Polis Paka.

"Kami bimbang ia ada kaitan dengan beberapa kes nelayan hilang di Kuala Dungun yang masih belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata polis terpaksa menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk menggali lubang dan mengesan bau terbabit di beberapa lokasi.

"Sehingga jam 7 malam ini kita tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca bau. Operasi sudah dihentikan dan akan disambung semula pagi esok," katanya. - BHarian



resim
JENTERA pengorek terpaksa digunakan untuk mengali beberapa lubang selepas penduduk Kampung mendakwa tercium bau busuk di Pantai Kampung Cacar Paka.- Foto Rosli Ilham

resim
resim

Possibly Related Threads...
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
Misteri Kambing Mati Seperti Digigit Pontianak Di Indonesia
Lukisan Dari Darah Haid, Jijik Tapi Membawa Maksud.
Misteri Penghadang Kayu Main Alih-alih Di Masjid
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
Surat Misteri Bawa Penemuan Gadis Dikurung Selama 25 Tahun
Anak Patung Ditutup Mata Dengan Kain Tulis Kalimah Elak Jumpa Jalan Pulang
Rakaman Imej Hantu Dalam Kereta Di Lebuhraya Pantai Timur.
Muzium Melaka - Seram Dan Misteri.
Kerang Juga Naik Ke Darat Di Sabah. (Pembetulan bukan di Sabah tapi di Kaherah, Mesir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 172
Misteri Bau Busuk Di Pantai Cacar, Gali Lubang Tapi Tak Jumpa Punca
sukawg
112452
Forum Jump: