Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China

Offline
09-18-2017, 09:39 AM,
#1
resim
BATU seperti telur yang keluar dari tebing ini didakwa akan jatuh selepas membesar selama 30 tahun. - Agensi

resim
SATU kawasan tebing di lereng gunung di wilayah Guizhou China yang mengeluarkan batu seperti telur. - Agensi

Beijing: Sebuah kampung kecil dan terpencil di tenggara China kini menjadi tumpuan media selepas tersebar kisah satu tebing misteri yang didakwa mengeluarkan batu seperti telur.

Penduduk mendakwa lokasi yang dipanggil ‘tebing bertelur’ itu mengeluarkan sejumlah batu bulat dan jatuh ke bawah setiap 30 tahun.

Tebing itu terletak di kaki gunung berhampiran kampung Gulu Zhai di wilayah Guizhou, lokasi orang Shui tinggal sejak 1,000 tahun lalu.

Menurut laporan awal DW News, tebing bertelur itu berukuran 20 meter panjang dan enam meter lebar di sebuah gunung di kampung itu.

Batu seperti telur itu tumbuh di tebing berkenaan sebelum jatuh selepas 30 tahun.

Ia boleh mencecah ukur lilit 30 hingga 60 sentimeter dan ada yang seberat 300 kilogram.

Bagi penduduk, batu ini dianggap membawa tuah kepada mereka. Penduduk biasanya berebut untuk mengutip batu yang jatuh itu untuk dipuja di rumah mereka.

Portal QQ.com dalam video terbarunya melaporkan batu itu berwarna biru gelap dan kelihatan seperti telur dinosaur.

Wartawan yang pergi ke lokasi tebing itu melihat beberapa ‘telur’ sedang membesar dan sebilangan lagi kelihatan sedia untuk gugur.

Terdapat lebih 100 keluarga yang tinggal di kampung itu dan semua mereka menyimpan batu seperti telur berkenaan di rumah.

Penduduk percaya batu itu membawa tuah kepada mereka dan membantu pasangan yang baru berkahwin mendapatkan anak lelaki.

Kisah misteri mengenai tebing itu dikongsi secara meluas di China tetapi sehingga kini, pakar di negara itu masih belum dapat memberi penjelasan mengenai fenomena itu. - Metro

Possibly Related Threads...
Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun
Misteri Kambing Mati Seperti Digigit Pontianak Di Indonesia
Misteri Bau Busuk Di Pantai Cacar, Gali Lubang Tapi Tak Jumpa Punca
Perkara-perkara Yang Dilarang Dilakukan Di Arab Saudi
Misteri Penghadang Kayu Main Alih-alih Di Masjid
Mayat Sami Mati 4 Tahun Lepas Disadur Dengan Emas
Kahwinkan Mayat Dengan Mayat, Rakyat China Kembali Amalkan Adat Kuno
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
Surat Misteri Bawa Penemuan Gadis Dikurung Selama 25 Tahun
Only In China - Van Disumbat 51 Penumpang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 135
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
sukawg
112576
Forum Jump: