Mutakhirbh_jakim Pantau Pergerakan Syiah Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri

Offline
07-28-2013, 10:32 PM,
#1
JAKIM pantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri









KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza mengikut negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata setakat ini tiada


bilangan spesifik pengikut fahaman itu memandangkan jumlahnya meningkat setiap
hari.



"Jabatan Agama Islam Negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita
(Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini, malam tadi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang
mengamalkan fahaman Syiah di negara ini tanpa mengira status atau fahaman
politik mereka.


Jamil Khir dilaporkan berkata, apabila bercakap tentang Syiah, pengikutnya
amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan
sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.

Sementara itu, pada majlis itu, 36 orang Asli telah diIslamkan dengan
mengucap dua kalimah syahadah.

Othman berkata JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis
Agama Islam Negeri sudah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar
Mualaf bagi seluruh negara.

"Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi membincangkan pelbagai isu yang
berkaitan dengan pengurusan saudara muslim serta kebajikan mereka, " katanya,

Beliau berkata, JAKIM sedang merancang untuk membangunkan satu sistem yang
dinamakan e-Mualaf bagi mengumpulkan semua maklumat berkaitan saudara muslim
dalam satu capaian mudah untuk diakses.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd
Rahim Jusoh dan Pengerusi Islamic Outreach Kelantan, Datuk Dr Abdul Razak
Kechik. - BERNAMA




http://www.bharian.com.my/articles/JAKIMpantaupergerakanSyiahdengankerjasamaJabatanAgamaIslamNegeri/Article/


Possibly Related Threads...
Pada Sejadah Terdapat Unsur-unsur Yang Menghina Islam.
Papan Iklan Yang Menghina Islam Dibiarkan Terpasang Di La
Mendedahkan Video Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang
Download Mp3 Ceramah Seminar Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Kelantan 2013
10 Soalan Bukti Orang Syiah Sesat Ketika Diajak Berdebat
Kelantan Tiada Angka Rasmi Pengikut Syiah
Karya Penulis Fahaman Syiah Diharam Serta-merta
Penerangan Tentang Bahaya Syiah
Mutakhirbh_pahang Akan Wartakan Fatwa Pengharaman Syiah: Tengku Abdullah
Individu Amal Syiah Ditolak Tak Kira Parti



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 760
Mutakhirbh_jakim Pantau Pergerakan Syiah Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri
mamakpaper
76099
Forum Jump: