Myvi Milik Yang Dipertua Mpp Uum Disimbah, Disembur Cat

Offline
12-18-2017, 08:16 PM,
#1
resim
Keadaan kereta Muhammad Luqman yang dicat oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

resim
resim
resim

ALOR SETAR - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di pekarangan kolej kediaman di kampus induk UUM di Sintok dekat sini disimbah cat merah selain diconteng dalam kejadian hari ini.

Muhammad Luqman Jamalil-Idrus, 22, berkata, dia menyedari kejadian ketika mahu ke kelas kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

"Kereta Perodua Myvi warna putih yang saya letakkan di tempat letak kereta berhampiran kolej kediaman Inapan Siswa (Inasis) Tenaga Nasional Berhad (TNB) disimbah cat warna merah selain diconteng dengan perkataan 'macai HEP (Hal Ehwal Pelajar)'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia kemudian terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 12.30 tengah hari hari ini.

"Saya tidak menolak kemungkinan kejadian ini disebabkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu terhadap tugas yang saya jalankan sebagai Yang Dipertua MPP UUM sejak September lalu," ujarnya.

Menurut Muhammad Luqman, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan menganggapnya sebagai cabaran yang perlu ditempuhinya sebagai seorang Yang Dipertua MPP.

"Saya serahkan siasatan lanjut kes ini kepada pihak polis," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. - Kosmo

Possibly Related Threads...
3 Ditahan Pukul Pemandu Myvi Terlibat Langgar Lari Di Puchong
Pemandu Myvi Langgar Lari Dipukul Orang Ramai Di Puchong
Pemandu Peribadi Racun Bos Sendiri Yang Juga Janda Kaya 2 Kali
Lepas Bakar Rumah Sendiri, Lelaki Solat Dalam Rumah Yang Terbakar Di Jengka
Anggota Polis Dilanggar Myvi Di Georgetown
Wanita Ke Hospital Terkejut Doktor Adalah Orang Sama Yang Memukulnya
Peguam Didakwa Keluarkan Wang Rm4 Juta Milik Pelanggan
Lelaki Ditahan Samun Stesen Petronas Yang Sama 3 Kali
Myvi Putih Hangus Terbakar Di Lebuhraya Sprint
Lelaki Mabuk Ditahan Pecahkan Cermin Toyota Fortuner Milik Jpj



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 43
Myvi Milik Yang Dipertua Mpp Uum Disimbah, Disembur Cat
sukawg
114496
Forum Jump: