Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim

Offline
02-21-2018, 05:34 PM,
#1
resim
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang di naiki pasangan warga emas yang maut selepas terbabas sebelum melanggar tebing bukit di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Kulim-Serdang -Lebuhraya Perdana Hi Tech berhampiran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. - Foto Ihsan Pembaca

resim
JENAZAH dua warga emas yang terbabit dalam kemalangan apabila kereta Perodua Myvi yang di naiki terbabas sebelum melanggar tebing bukit di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Kulim-Serdang -Lebuhraya Perdana Hi Tech berhampiran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dekat sini,pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca

KULIM: Sepasang warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran lampu isyarat simpang tiga Lebuhraya Perdana ke Kilang Lama berhampiran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Mohamad Iddrus Samsudin,62, bersama isterinya, Halimah Mat Piah,63, dari Rawang, Selangor maut di tempat kejadian selepas kereta jenis PERODUA Myvi terbabas di bahu jalan sebelum melanggar tebing bukit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Lebuhraya Perdana Kulim Hi Tech menghala ke arah Jalan Kulim-Serdang.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, Mohammad Iddrus hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tebing bukit terbabit.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit dalam kereta mereka. Orang ramai yang melihat kejadian kemudian menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk bantuan mengeluarkan mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarga.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Warga Emas Nyanyuk Ditahan Pandu Lawan Arus Di Penang
Pekerja Kimpalan Maut Direnjat Elektrik Ketika Pasang Atap Aluminium
Warga Emas Ditemui Mati Dijerut Tuala Di Alor Setar
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Berang Cinta Dirampas, Remaja Belasah Bekas Kekasih Serta Pasangan Barunya
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 61
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
sukawg
116066
Forum Jump: