Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami

Offline
06-18-2017, 07:44 AM,
#1


resim
resim

Jempol: “Baru sekali kami beraya bersama, tiba-tiba Allah sudah ‘memanggilnya’. Perasaan gembira menyambut lebaran tahun lalu masih dirasai.



“Kami mendirikan rumah tangga September 2015 dan menyambut lebaran bersama buat kali pertama tahun lalu. Tapi, nampaknya saya kembali bersendirian dan kenangan indah bersama sudah berakhir,” kata Asysyuhadak Ahmad, 30, isteri juruterbang pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terbunuh dalam nahas itu, kelmarin.

Asysyuhadak berkata, dia tidak boleh menyembunyikan kesedihan kerana beraya tanpa suami di sisi namun kehadiran anak perempuan, Nur Hafiya berusia lapan bulan mengubat kerinduannya.

“Tiket penerbangan sudah dibeli dan kami bertiga sepatutnya pulang pada hari ini (semalam). Mengikut perancangan, kami akan membeli-belah dan suami membeli baju Melayu yang sudah siap untuk dibawa pulang ke kampung.

“Untuk mengelak daripada bersedih, saya tidak membawa baju raya pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di FELDA Lui Muda. - Metro

Possibly Related Threads...
Perokok Hidap Kanser Mulut Di Usia Baru 24 Tahun
Suami Cari Isteri Sudah 2 Tahun Hilang Ikut Teman Lelaki India
Isteri Ceraikan Suami Kerana Rumah Tiada Tandas
Hanya Selepas 2 Tahun, Baru Sedar Anak Tercucuk Plastik
Russia Perkenal Sukhoi-57 Baru, Saingan F22 Raptor
Selepas 20 Tahun, Baru Tahu Watak Dalam Komik Mat Despatch Memang Wujud
Isteri Minta Cerai Kerana Suami Suka Burung
Tak Mampu Sewa, Suami Isteri Tinggal Dalam Kandang Lembu Di Jertih
Suami Isteri Pasrah Kesemua 4 Anak Meninggal Akibat Penyakit Jantung
Suami Isteri Kerja Sebagai Juruterbang, Terbangkan Pesawat Bersama



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 63
Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami
sukawg
110941
Forum Jump: