Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami

Offline
06-18-2017, 07:44 AM,
#1


resim
resim

Jempol: “Baru sekali kami beraya bersama, tiba-tiba Allah sudah ‘memanggilnya’. Perasaan gembira menyambut lebaran tahun lalu masih dirasai.



“Kami mendirikan rumah tangga September 2015 dan menyambut lebaran bersama buat kali pertama tahun lalu. Tapi, nampaknya saya kembali bersendirian dan kenangan indah bersama sudah berakhir,” kata Asysyuhadak Ahmad, 30, isteri juruterbang pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terbunuh dalam nahas itu, kelmarin.

Asysyuhadak berkata, dia tidak boleh menyembunyikan kesedihan kerana beraya tanpa suami di sisi namun kehadiran anak perempuan, Nur Hafiya berusia lapan bulan mengubat kerinduannya.

“Tiket penerbangan sudah dibeli dan kami bertiga sepatutnya pulang pada hari ini (semalam). Mengikut perancangan, kami akan membeli-belah dan suami membeli baju Melayu yang sudah siap untuk dibawa pulang ke kampung.

“Untuk mengelak daripada bersedih, saya tidak membawa baju raya pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di kediaman mentuanya di FELDA Lui Muda. - Metro

Possibly Related Threads...
Balik Beraya Di Kampung Tapi Tidur Di Hotel Kini Jadi Trend
Polis Indonesia Letak Penembak Tepat Kawal Keselamatan Orang Ramai Pulang Beraya
Suami Isteri Dakwa Sudah 9 Tahun Tak Makan
Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas
Nahas Hawk: Kerusi Anjal Pilot Sudah Ditemui
Beraya Dengan Sampin Songket Rm30,000
Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung
Nahas Hawk: Tumpu Cari Kerusi Anjal
Nahas Hawk: Serpihan Pesawat Terbenam Di Kawasan Paya
Nahas Hawk: Rangka Pesawat Sudah Ditemui - Tudm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami
sukawg
110941
Forum Jump: