Nahas Hawk: Kerusi Anjal Pilot Sudah Ditemui

Offline
06-19-2017, 06:11 PM,
#1
resim
LOKASI utama pesawat Hawk 108 yang terhempas berhampiran Kampung Yak Yah di Chukai, Terengganu.
 
resim
Operasi mencari serpihan pesawat yang dijalankan pelbagai agensi. FOTO ihsan TUDM

DUA kerusi lenting dan beberapa serpihan pesawat Hawk 108 antara penemuan terbaru dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu.

Markas Tentera Udara dalam kenyataannya hari ini berkata, TUDM akan meneruskan operasi mencari serpihan pesawat dalam usaha melengkapkan siasatan bagi menentukan punca kejadian.

Menurutnya, keadaan muka bumi dan tanah lembut menyukarkan operasi.

Bagaimanapun katanya, TUDM mendapat bantuan daripada beberapa agensi dalam usaha mencari dan mengumpulkan serpihan pesawat.

"Antara agensi yang terbabit ialah Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja, polis dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, TUDM menafikan dakwaan pesawat Hawk 108 sebagai bermasalah kerana ia sudah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum nahas.

Katanya, TUDM tidak berkompromi mengenai keselamatan pesawat dan sentiasa memberikan keutamaan ketika penyelenggaraan yang dilakukan di bawah kawalan TUDM.

Dalam kejadian 11.30 pagi Khamis, pesawat pejuang Hawk 108 dinaiki Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terputus hubungan selepas 30 minit berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

Operasi SAR dijalankan menemui kedua-dua mangsa di Chukai, Kemaman, Terengganu pada 2.30 petang hari kejadian. - Metro

====

Kerusi anjal, sebahagian serpihan pesawat ditemui

resim
KETUA Lembaga Penyiasatan, Leftenan Kolonel A John Sham (seragam hijau) memberi penerangan kepada Inspektorat Jeneral TUDM, Mejar Jeneral Datuk Johar Razali Ahmad (kiri) sambil diperhati Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang (tengah).

KUALA LUMPUR: Dua kerusi anjal dan beberapa serpihan pesawat Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Kampung Yak Yah di Chukai, Terengganu, Khamis lalu sudah ditemui.

TUDM menerusi kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara, sebentar tadi memaklumkan operasi mencari serpihan pesawat masih diteruskan dalam usaha melengkapkan siasatan berhubung punca kejadian.

"Keadaan muka bumi dan tanah yang lembut serta berpaya di tapak kejadian menyukarkan operasi ini.

"Bagaimanapun, TUDM sudah mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi melancarkan usaha pencarian dan pengumpulan serpihan termasuk Tentera Darat, Rejimen Askar Jurutera Diraja, polis dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM menyangkal khabar angin yang viral menyatakan pesawat terbabit bermasalah sehingga menyebabkannya terhempas.

"Pesawat Hawk 108 terbabit sudah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca selenggaraan dua hari sebelum nahas itu.

"TUDM tidak akan berkompromi mengenai keselamatan dan 'airworthiness' (kelayakan terbang) pesawat serta sentiasa menekankan tahap tertinggi dalam penyelenggaraan pesawat," tambah kenyataan itu lagi.

Jumaat lalu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui kedudukan pesawat latihan lanjutan dipandu Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terhempas setengah jam selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11, Khamis lalu.

Sementara itu, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang bersama beberapa pegawai kanan termasuk Inspektorat Jeneral TUDM, Mejar Jeneral Datuk Johar Razali Ahmad melawat lokasi utama pesawat itu terhempas bersama pasukan Lembaga Penyiasatan diketuai Leftenan Kolonel A John Sham, pagi tadi. - BHarian

Possibly Related Threads...
Mahu Kencing Nampak Bulat, Rupanya Kepala Bayi Sudah Keluar
Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula
Tahfiz Dibakar: Mak Seorang Suspek Sudah Beberapa Bulan Tak Balik Rumah
Tahfiz Terbakar: Tiada Bahan Kimia Ditemui Seperti Disensasikan Media Singapura
Ganjaran Rm384,000 Sudah Dibayar Kepada Pelapor Rasuah Sejak 2011
Bayi Baru Usia Sebulan Sudah Cabut 7 Batang Gigi
Suami Cari Isteri Sudah 2 Tahun Hilang Ikut Teman Lelaki India
Cincin Hilang 13 Tahun Lalu Ditemui Tersarung Pada Lobak
Kek Buah Berusia 107 Tahun Ditemui, Masih Elok
Paku, Sepit Kuku, Pemetik Api Ditemui Dalam Perut



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 63
Nahas Hawk: Kerusi Anjal Pilot Sudah Ditemui
sukawg
110965
Forum Jump: