Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas

Offline
06-19-2017, 06:18 PM,
#1
resim
resim
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

KEMAMAN 19 Jun Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata, selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan. - BERNAMA/Utusan

Possibly Related Threads...
Cerobong Asap Berdiri 50 Tahun, Roboh Kurang 10 Saat
Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Rm10 Hingga Rm20
Pesawat F18 Hornet Tudm Mendarat Cemas
Br1m 2018: Kemaskini Mulai 27 November Hingga 31 Disember
Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri
Airlander 10, Pesawat Terbesar Di Dunia Terhempas Lagi
Di Jepun, Pengendali Keretapi Minta Maaf Kerana Berlepas Awal 20 Saat
Kunci Pagar Hanya 45 Saat, Kata Lando
Pesawat Airasia Qz535 Terjunam Dari 32,000 Hingga 10,000 Kaki
2 Puak Jin Bergaduh Didakwa Punca Kejadian Api Misteri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 116
Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas
sukawg
110966
Forum Jump: