Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas

Offline
06-19-2017, 06:18 PM,
#1
resim
resim
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

KEMAMAN 19 Jun Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata, selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan. - BERNAMA/Utusan

Possibly Related Threads...
Petani Di Ghana Miliki 100 Anak, Terlalu Ramai Hingga Terlamar Anak Sendiri
Nahas Hawk: Kerusi Anjal Pilot Sudah Ditemui
Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami
Nahas Hawk: Tumpu Cari Kerusi Anjal
Nahas Hawk: Serpihan Pesawat Terbenam Di Kawasan Paya
Nahas Hawk: Rangka Pesawat Sudah Ditemui - Tudm
Nahas Hawk: Mak Tak Mahu Kamu Berkecai, Mak Nak Kamu Satu Jasad
Nahas Hawk: Lokasi Pesawat Dipercayai Terhempas Dikenalpasti
Nahas Hawk Tudm: Jenazah Mejar Yazmi Selamat Dikebumikan
Nahas Hawk Tudm: Jenazah Mejar Mohd Hasri Selamat Dikebumi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 25
Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas
sukawg
110966
Forum Jump: