Nahas Hawk: Tumpu Cari Kerusi Anjal

Offline
06-18-2017, 07:25 AM,
#1
resim
resim
Pasukan penyiasat TUDM masuk ke lokasi pesawat terhempas bagi membawa keluar bangkai pesawat Hawk 108 dan mencari kerusi anjal di Kampung Yak Yah, Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam. mingguan/AZLAN BAHRUM

KEMAMAN 17 Jun - Operasi mengeluarkan bangkai pesawat pejuang jenis Hawk 108 yang terhempas di kawasan paya berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai di sini diteruskan lagi hari ini de*ngan tumpuan mencari kerusi anjal.

Ketua Polis daerah, Supe*rintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, segala aspek teknikal mengenai kerja-kerja itu dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala pihaknya membantu dari segi kawalan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

“TUDM masih meneruskan penugasan mereka dan saya difahamkan hari ini mereka menjalankan siasatan untuk mendapatkan kerusi anjal.

“Proses mengeluarkan bangkai akan dijalankan TUDM kerana mereka mempunyai prosedur tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di pos kawalan operasi di lokasi nahas di Kampung Yak Yah di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat oleh TUDM semalam telah berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat Hawk 108 yang terhempas sehingga mengorbankan dua juruterbangnya, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31.

Kedua-dua mereka terbunuh selepas pesawat yang digunakan ketika menjalani latihan terhempas di Chukai setelah terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Mayat juruterbang itu ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing, kira-kira pukul 2.30 petang, kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Said memberitahu, pihaknya tidak dapat menganggarkan tempoh mengeluarkan bangkai pesawat itu tetapi pihak polis akan meneruskan bantuan kawalan trafik dan di tempat kejadian selagi diperlukan.

“Segala maklumat mengenai perkembangan kes selepas ini hanya akan dikeluarkan pihak TUDM dan bukan pihak polis,” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sekumpulan pasukan penyiasat masuk ke lokasi kira-kira pukul 12 tengah hari sambil membawa barangan termasuk mesin penjana elektrik dan beberapa kelengkapan lain. - Utusan

Possibly Related Threads...
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Suami Cari Isteri Sudah 2 Tahun Hilang Ikut Teman Lelaki India
Laporan Pesawat Hawk Tudm Terhempas 3 Minggu Lagi
Mrt: Kerusi Ditoreh, Dinding Dicalar, Tak Sampai 150 Jam Beroperasi
Setengah Juta Rakyat Kelantan Terpaksa Berhijrah Cari Kerja
Nahas Hawk: Radar Tudm Rakam Penuh Kejadian Hingga Saat Akhir Terhempas
Nahas Hawk: Kerusi Anjal Pilot Sudah Ditemui
Nahas Hawk: Baru Sekali Beraya Bersama Suami
Nahas Hawk: Serpihan Pesawat Terbenam Di Kawasan Paya
Nahas Hawk: Rangka Pesawat Sudah Ditemui - Tudm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 61
Nahas Hawk: Tumpu Cari Kerusi Anjal
sukawg
110939
Forum Jump: