Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori

Offline
02-21-2018, 05:37 PM,
#1
resim

PETALING JAYA: Dua daripada tiga beranak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar di Kilometer 19, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superitendan Sahimi Husin, berkata dalam kejadian jam 3.45 pagi, mangsa berasal dari Klang, Yu Sing Huat, 60, dan anak lelakinya, Yu Khang Ean, 30, maut di lokasi kejadian sementara anak perempuannya, Yu Yeh Suang, 31, cedera parah.

"Ketika kejadian, Khang Ean, seorang Pegawai Perubatan Hospital Klang memandu Perodua Myvi bersama adiknya, Yeh Suang, berhenti di lorong kecemasan selepas tayar belakang bahagian kanan kereta mereka pecah.

"Sing Huat yang memandu sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi kemudian berhenti untuk membantu anaknya menukar tayar.

"Ketika mereka sedang menukar tayar, datang sebuah lori dari arah belakang dan merempuh ketiga-tiga mangsa.

"Rempuhan itu menyebabkan Sing Huat dan Khang Ean cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian sementara Yeh Suang cedera parah di badan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya dalam satu kenyataan.

Sahimi berkata, pihaknya sudah menahan pemandu lori terbabit berusia 32 tahun berasal dari Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Katanya, waris mangsa kini sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pekerja Kimpalan Maut Direnjat Elektrik Ketika Pasang Atap Aluminium
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico
Penunggang Y15 Maut Rempuh Kereta Tiba-tiba Buat Pusingan U



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
sukawg
116067
Forum Jump: