Nak, Boleh Tolong Saya? Tolong Saya Masukkan Duit Sebab...

Offline
06-14-2014, 08:34 AM,
#1
resim





Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.


Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik.


Duit utk anak pakcik ya?
Ya.Dia belajar di selangor - UIA.


Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 (5 helai), rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan.

Ingin kutahu dia naik apa.












Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita.





Video Hiasan






Possibly Related Threads...
3 Sebab Mengapa Cinta Perlu Jadi Teras Falsafah Pendidikan Di Malaysia
Tips Menyimpan Duit Setiap Bulan Untuk Golongan Muda-mudi.
6 Perkara Yang Tidak Boleh Dijilat.
20 Tips Menjimatkan Duit - Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik Kan? Tak Reti-reti?
Isteri Saya Malas Nak Solat
Kisah Saya
Saya Sudah, Sudahkah Anda??



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 2206
Nak, Boleh Tolong Saya? Tolong Saya Masukkan Duit Sebab...
Reez Ramsey
86246
Forum Jump: