Nenek 100 Tahun Hidup Serba Daif Di Kampung Nelayan Teluk Bahang

Offline
09-27-2013, 11:42 AM,
#1
resim



Keadaan rumah warga emas, Chik Shaari, 100, begitu menyedihkan sesiapa sahaja yang melihat apabila ia sudah tidak dapat diurus dengan baik berikutan pandangan matanya semakin kabur.

Tiada apa yang mampu dilakukan warga emas itu melainkan duduk di depan rumah menunggu cucunya, Farah Hazwani Hafifi, 13, dan Airin Natasha Errisha Hafifi, 11, pulang dari sekolah setiap hari.

Chik berkata, dia tidak mampu membersihkan rumah setiap hari kerana matanya semakin kabur hingga tidak mampu melihat.

“Mata tok memang tak nampak dah, kalau masak, masak macam tu lah, teraba-raba apa yang ada, sebab tu lah bersepah, mana nak nampak semua benda,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia mula menjaga dua cucu setelah anaknya yang juga ibu kanak-kanak berkenaan sudah tidak pulang ke rumah.

“Kami hidup bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Dengan duit itulah tok beli makanan, bayar duit sekolah, van sekolah cucu. Kalau duit tiada, kami tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Chik yang sudah menetap sejak kecil di kampung itu pernah menjadi bidan kampung dan mengajar mengaji al Quran.

Namun disebabkan penglihatan semakin teruk menyebabkan warga emas itu terpaksa melepaskan semua sumber rezekinya sejak dua tahun lalu.

Dia yang semakin hilang deria pendengaran turut memberitahu bantuan cermin mata daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya langsung tidak dapat digunakan.

“Seronok dapat cermin mata tapi mata tok dah memang tidak boleh nampak, kalau pakai cermin mata nampak macam sama saja, kelabu,” katanya.

Possibly Related Threads...
Nenek Lumpuh Bergantung Sepenuhnya Pada Cucu 4 Tahun Di Penang
Ibu Wariskan Semua Harta Demi Anak Bawa Padah, Ditinggalkan Sejak 3 Tahun Lepas
Nenek Sara 3 Cucu Dengan Rm80 Sebulan
Pemuda Derita Luka Di Kaki 10 Tahun Tak Sembuh
Terpaksa Serah 3 Dari 10 Anaknya Kerana Hidup Susah
Derita Budak 2 Tahun Perut Besar Tembikai
Ibu Kurung Anak Sejak 11 Tahun Lalu
[hmetroonlinesetmpt]_30 Tahun Tidur Di Kaki Lima
[hmetroOnlineSetmpt]_‘Bagai mayat hidup’
Warga emas toreh getah untuk teruskan hidup



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 705
Nenek 100 Tahun Hidup Serba Daif Di Kampung Nelayan Teluk Bahang
kejatempek
77955
Forum Jump: