Nenek Sara 3 Cucu Dengan Rm80 Sebulan

Offline
06-27-2015, 07:17 AM,
#1
resim
NORMAH ASINAR bersama tiga cucu yang dibesarkannya terpaksa hidup dalam serba kekurangan serta menumpang di rumah pusaka peninggalan ibunya ketika ditemui di Pekan Air Panas, Labis, Johor. utusan/MOHAMED SAARI

LABIS 26 Jun – Seorang wanita di Pekan Air Panas, dekat sini yang membesarkan tiga cucunya, buntu apabila memikirkan nasib mereka kerana tidak berpeluang merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama ekoran kesempitan hidup.

Normah Asinar, 59, yang tinggal bersama tiga cucunya yang masih kecil iaitu Mohamad Zainawi Abdullah, 12; Mohamad Syawal Zainawi, 2, dan Siti Aishah, 1, sebelum ini mengikut suaminya di Perak dan kini menetap di rumah peninggalan ibunya di sini selepas bercerai dengan suami, Ogos tahun lalu.

“Anak saya, Siti Noraini Talib, 25, yang merupakan ibu kepada cucu-cucu saya ini berkahwin dengan suaminya semasa berusia 13 tahun di Thailand tanpa pengetahuan keluarga dan menghilangkan diri hampir setahun lamanya ketika saya masih tinggal di Perak.

“Dia hanya pulang ke pangkuan keluarga sewaktu mengandungkan anak sulungnya dan kembali menghilangkan diri selepas dua hari bersalin. Kemudian selepas hampir 10 tahun hilang, dia muncul semula sebelum melahirkan anak keduanya dan melarikan diri sekali lagi selepas dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kali terakhir Siti Noraini pulang ke rumah pada awal tahun lalu untuk melahirkan anak ketiganya dan ketika itu dia menyangka anaknya itu telah berubah, namun apa yang berlaku sebaliknya apabila anak*nya menghilangkan diri beberapa hari selepas melahirkan anak ketiganya.

Normah turut bingung memikirkan nasib cucu sulungnya, Mohamad Zainawi yang mungkin tidak dapat menyambung persekolahan di sekolah menengah tahun depan disebabkan tidak mampu menanggung perbelanjaan seperti tambang bas serta wang perbelanjaan lain.

“Saya kini hanya bergantung hidup dengan bantuan MyKasih sebanyak RM80 sebulan untuk membeli barangan dapur serta ihsan jiran dan penduduk kampung. Saya rasa amat bersyukur masih ada insan berhati mulia yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami.

“Sebenarnya semasa tinggal di Perak, saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi selepas pulang ke sini saya tidak lagi menerima bantuan tersebut disebabkan mengalami beberapa masalah untuk pertukaran dilakukan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 012-5533705.

 

Possibly Related Threads...
Nenek Lumpuh Bergantung Sepenuhnya Pada Cucu 4 Tahun Di Penang
Nor Insyirah, Bayi Usia Sebulan Derita Kepala Membesar
Suami Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5km Dengan Kerusi Roda Untuk Ke Hospital
Nenek 100 Tahun Hidup Serba Daif Di Kampung Nelayan Teluk Bahang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 538
Nenek Sara 3 Cucu Dengan Rm80 Sebulan
sukawg
96623
Forum Jump: