Nilai Minimum Bankrap Dinaikkan Kepada Rm50,000

Offline
10-12-2017, 02:50 PM,
#1
resim
Akta Insolvensi 1967 menetapkan nilai minimum untuk memulakan tindakan kebangkrapan dinaikkan kepada RM50,000.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) Kebangkrapan 2016 yang berkuatkuasa Rabu lalu menggariskan lapan pindaan besar yang perlu diketahui umum.

RUU yang akan dirujuk sebagai Akta Insolvensi 1967 itu menetapkan nilai minimum untuk memulakan tindakan kebangkrapan dinaikkan kepada RM50,000 berbanding RM30,000 sebelum ini.

Menerusi pindaan itu juga, penjamin sosial diberi perlindungan mutlak, iaitu tidak boleh dibangkrapkan, kerana tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah daripada pinjaman yang dibuat oleh peminjam.

Contoh pinjaman itu ialah untuk pelajaran dan sewa beli kenderaan (kereta).

Terdapat juga mekanisma penyelamat sebelum seseorang dimufliskan seperti penghutang boleh berbincang dan berunding untuk penyelesaian sebelum dijatuhkan hukuman bankrap.

Selain itu, penghutang perlu memfailkan Penyata Hal Ehwal dan menyatakan jumlah pemiutang yang ada dengan perunding dilantik akan memfailkan Perintah Interim untuk penangguhan kes di mahkamah selama 90 hari bagi membolehkan mereka berbincang dengan pihak pemiutang.

Sudah tentu ia dilihat lebih kepada peranan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ketika ini.

Pindaan RUU itu juga turut memperkenalkan pelepasan tanpa bantahan pemiutang, yang mana sebelum ini penghutang tidak terlepas daripada kebankrapan sekiranya mereka meninggal dunia, penjamin sosial, pesakit kronik atau Orang Kelainan Upaya (OKU).

Selepas akta itu dipinda, pelepasan tersebut tidak boleh dibantah oleh pemiutang.

Turut dimasukkan dalam pindaan itu ialah mewujudkan Tabung Bantuan Insolvensi yang bertujuan menambahbaik dan memantapkan lagi pentadbiran kes kebankrapan.

Ketika ini, perkara itu juga ada disebut dalam Seksyen 77, tetapi seksyen berkenaan dibaca sebagai ‘Investment of surplus funds’.

Dalam pindaan itu, orang yang bankrap boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal berbanding lima tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.

Bagaimanapun, pelepasan itu tertakluk kepada, i. memenuhi sasaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi; ii. Si bankrap memfailkan penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam bulan; dan iii. tertakluk kepada bantahan pemiutang untuk kesalahan di bawah Seksyen 421-424 Kanun keseksaan dan lain-lain bantahan.

Pindaan turut melibatkan notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang yang perlu diserahkan secara penyampaian kediri.

Ketika ini, tiada peruntukan dalam Akta Kebankrapan, melainkan ianya hanya ada di bawah Seksyen 109 Undang-Undang Kebangkrapan dan kalusa ini bakal dimasukkan dalam Akta Kebangkrapan.

RUU ini juga memperkenalkan sistem satu perintah kebangkrapan, yang mana sebelum ini terdapat dua perintah kebankrapan iaitu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.

Justeru, orang awam yang tidak tahu mereka telah bankrap kerana dalam tajuk perintah tersebut tidak menyatakan mereka telah bankrap hanya ada satu perintah dikenali dengan perintah kebankrapan. - MG

Possibly Related Threads...
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
Derma Coli Terpakai Kepada Bank Bra Neubodi
Ini Kali Pertama Pukul, Dakwa Ibu Kepada Budak Ampang
Hospital Swasta Tawar Gaji Rm150,000 Sebulan Kepada Doktor Pakar
Viral Dinosaur Terbakar Di Nilai 3
Tahfiz Terbakar: Surat Terakhir Seorang Mangsa Kepada Ibunya
Ganjaran Rm384,000 Sudah Dibayar Kepada Pelapor Rasuah Sejak 2011
Polis Beri Amaran Kepada Golongan Ateis
Gaji Rm10,000 Tapi Bayar Ptptn Rm50 Sebulan
Ikat Tepi: 30 Sen Tak Bawa Apa-apa Nilai, Kata Pemilik Restoran



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Nilai Minimum Bankrap Dinaikkan Kepada Rm50,000
sukawg
113264
Forum Jump: