Nokia 3310 Dikeluarkan Mwc2017 Berharga Rm280

Offline
02-27-2017, 05:10 AM, (This post was last modified: 02-27-2017, 05:15 AM by NorCun.)
#1
resim

Nokia mengembalikan kegemilangan model 3310 ketika Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 dengan mengubah sedikit reka bentuk ikoniknya serta kali ini datang dengan skrin berwarna.

Ia datang dengan skrin 2.4 inci format 320 x 240 piksel dan lebih nipis berbanding model pertama yang dikeluarkan 17 tahun lalu.

Dengan skrin berwarna, Nokia 3310 mempunyai kenipisan 12.8 milimeter dan berat 79.6 gram.





Sebelum ini, Nokia 3310 setebal 22 millimeter dan seberat 133 gram.

Selain itu, permainan Snake yang menjadi ikon 3310 juga akan dikekalkan dengan operasi telefon menggunakan Series 30+.

Kali ini, 3310  datang dengan warna termasuk hijau, merah dan kuning malah rekaannya lebih ringan berbanding model terdahulu.






Sebelum ini, Microsoft mengambil alih Nokia di bawah Microsoft Mobile dan kini syarikat Finland, HMD Global terbabit mahu memperkasakan semula jenama asal.

Ia ditawarkan pada harga sekitar RM280.

Possibly Related Threads...
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Iphone 7 Di Malaysia Dianggar Berharga Rm3,199 Hingga Rm4,799
'iphone' Buatan Russia Akan Dikeluarkan 2018
Nokia 1100 Model Terlaris Di Dunia
Nokia Rancang Keluarkan Semula Telefon Pada 2016
Iphone Termahal Di Dunia Berharga Rm12.7 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 294
Nokia 3310 Dikeluarkan Mwc2017 Berharga Rm280
NorCun
108304
Forum Jump: