Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini

Offline
05-30-2017, 01:22 PM,
#1


resim

HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia melancarkan model telefon Nokia 3310 versi baru secara rasmi di pasaran Malaysia, hari ini.



Pengurus Negara HMD Global (Malaysia dan Myanmar), Vijay Thangavelu berkata, Nokia 3310 adalah telefon terlaris yang pernah dihasilkan Nokia di mana ia kini diberi nafas baru dengan reka bentuk lebih segar, ceria dan moden.

"Pada kali ini, ia menawarkan masa berbual sehingga 22 jam dan jangka hayat bateri selama sebulan dalam mod 'standby'," katanya pada majlis pelancaran Nokia 3310 dan tiga model lain di Subang Jaya.

Selain itu, Nokia 3310 mempunyai paparan 2.4 inci dan kamera 2 megapiksel.

Model itu akan ditawarkan pada harga RM239 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di mana ia boleh mula didapati di pasaran bermula Jun ini di semua cawangan runcit seluruh negara.

Dalam majlis sama, HMD Global melancarkan tiga model telefon pintar dikenali Nokia 3, 5, dan 6 yang mana semua model ini akan mula didapati di pasaran secara berperingkat mulai pertengahan Jun ini. - Metro


resim
TELEFON pintar Nokia 6, Nokia 5 and Nokia 3 turut dipancarkan bersama Nokia 3310. FOTO Rohanis Shukri

Possibly Related Threads...
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar
Nokia 3310 Dikeluarkan Mwc2017 Berharga Rm280
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?
Iphone 7 Di Malaysia Dianggar Berharga Rm3,199 Hingga Rm4,799
Samsung S7 Masuk Malaysia @ Rm2,699
Najib Pelawa Apple Buka Cawangan Di Malaysia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 155
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
sukawg
110484
Forum Jump: