Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150

Offline
12-15-2016, 07:07 AM,
#1
resim

HELSINKI 14 Dis. – HMD Global, pemilik baharu jenama Nokia memperkenalkan telefon pertamanya, Nokia 150 yang dipasarkan pada harga AS$26 (RM155), lapor portal Engadget.

Menurut laporan itu, Nokia 150 bagaimanapun bukanlah te­lefon pintar, sebaliknya ia adalah telefon mudah alih biasa yang direka tahan lasak dengan bateri tahan lama selama 22 jam dan modelnya hampir sama dengan Nokia 216, peranti terakhir Nokia oleh Microsoft yang dikeluarkan September lalu.

Peranti dengan skrin 2.4 inci dan kamera VGA tersebut diba­ngunkan oleh anak syarikat Foxconn, FIH yang membeli perniagaan telefon Nokia daripada Microsoft untuk edaran Asia Pasifik, India, Asia Barat, Afrika dan Eropah pada awal tahun depan.

HMD Global sebelum ini me­ngumumkan untuk melancarkan telefon jenama Nokia baharu dikuasakan dengan Android, yang merupakan berita gembira kepada peminat jenama tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif HMD Global, Arto Nummela yang sebelum ini memegang jawatan eksekutif di Microsoft dan Nokia dalam temu bual dengan Economic Times memberitahu, peranti tersebut akan dipasarkan pada separuh pertama 2017.

Berdasarkan khabar angin baru-baru ini, HMD Global mungkin memperkenalkan telefon Android baharunya pada Mobile World Congress Februari tahun depan. – agensi/Utusan

Possibly Related Threads...
Samsung Perkenal Galaxy S8, S8 Plus Warna Biru Laut Rm3,699
Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki
Nokia 3310 Dikeluarkan Mwc2017 Berharga Rm280
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia
Pemilik Note 7 Boleh Dapat Bayaran Balik Atau Tukar Baru
Apple Perkenal Iphone 7, 7 Plus
Telefon Anti Godam Bernilai Usd17,000 Untuk Orang-orang Kaya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 268
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
sukawg
106411
Forum Jump: