Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370

Offline
01-06-2018, 10:55 PM,
#1
Malaysia terima tawaran Ocean Infinity cari MH370

resim

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima tawaran firma perkapalan Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity untuk meneruskan operasi mencari pesawat Malaysia Airline MH370 di Lautan Hindi.



Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu.

Beliau juga memaklumkan kontrak untuk membolehkan Seabed Constructor memulakan operasi akan ditandatangani minggu depan.

"Tawaran Ocean Infinity menetapkan bayaran hanya akan dibuat jika rangka pesawat itu ditemui.

"Ini bermakna firma itu sedia mencari di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi seperti yang ditetapkan kumpulan pakar berhampiran perairan Australia," katanya.

Bagaimanapun, tambah Tiong Lai, beliau tidak mahu memberi harapan tinggi kepada keluarga mangsa.

Yang pasti katanya, ia membuktikan komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian pesawat itu seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

Kehilangan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan kru masih menjadi misteri.

Setakat ini, Australia, China dan Malaysia membelanjakan A$200 juta untuk tujuan mencari pesawat itu.

Pada Oktober lalu, Malaysia memaklumkan pihaknya sedang berunding dengan Ocean Infinity untuk meneruskan usaha mencari di mana firma ini hanya akan dibayar jika pesawat itu ditemui.

"Ocean Infinity diharap memperoleh kontrak untuk meneruskan usaha mencari MH370 dalam masa terdekat.

"Kapal kami dalam proses untuk ke lokasi pencarian sekarang kerana kontrak dijangka diperoleh dalam masa dua minggu dari sekarang," kata jurucakap firma itu kepada Reuters baru-baru ini.

Data perkapalan Reuters pula mendapati, Seabed Constructor memulakan perjalanan dari Durban, Afrika Selatan pada Selasa ke Perth, Australia dan dijangka tiba pada 7 Februari. - MStar

Possibly Related Threads...
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat
Isteri, 2 Anak Penumpang Mh370 Mohon Sepina Najib



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 17
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
sukawg
114961
Forum Jump: