Pada Mulanya Berbikini, Kemudian Hanya Berseluar Dalam Sahaja

Offline
10-17-2014, 02:34 PM,
#1
resim
Empat wanita separuh bogel sedang bersantai di tepi Pantai Saujana Batu 4, kelmarin.

PORT DICKSON – Tindakan empat wanita warga asing berehat di Pantai Saujana Batu 4, di sini dalam keadaan separuh bogel, tengah hari kelmarin, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.

"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

“Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," katanya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

“Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Possibly Related Threads...
Kantoi Terupload Promosi Berbikini : Syarikat Penerbangan Vietnam Belum Kata Putus
Seorang Pelajar Tingkatan 3 Bukan Sahaja Dipaksa Menaiki Motosikal, Tetapi Mengalami
Suami Rakam Aksi Isteri Berzina Di Dalam Kereta Bersama Lelaki Lain.
Bola Golf Dalam Aktiviti Seksual.
Digantung Kerja Kerana Seks Dalam Gereja.
Usia Sudah 75 Tahun Dan Beristeri Dua Tapi Masih Bernafsu Pada Gadis Muda.
Tanggalkan Pakaian Dan Menjerit Seolah-olah Berada Dalam Masalah.
Dijatuhkan Hukuman Kerana Onani Dalam Bas.
Buka Pintu Tanpa Seurat Benang, Kemudian Meracau.
Nat Besi Yang Tersekat Pada Kemaluan Seorang Lelaki.
Away
10-17-2014, 03:32 PM,
#2
wahhhhh topless Smile



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 2331
Pada Mulanya Berbikini, Kemudian Hanya Berseluar Dalam Sahaja
sukawg
89412
Forum Jump: