Padah Julur Kepala, Wanita Bogel Maut Berlanggar Papan Tanda

Offline
10-16-2017, 08:16 AM,
#1
resim
resim
AKSI Natalia menjulurkan badannya keluar tingkap sebelum maut selepas kepalanya terlanggar papan tanda jalan (gambar kanan). FOTO Agensi

resim


Santo Domingo, Republik Dominica: Seorang pelancong warga Russia maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya melanggar papan tanda jalan selepas dia menjulurkan badannya keluar tingkap kereta.

Natalia Borodina, 35, yang hanya memakai seluar dalam menjulurkan badannya ke luar tingkap kereta yang dipandu rakannya ketika bercuti di Punta Cana dekat sini.

Rakannya, Ivanna Boirachuk, 32, memandu kereta jenis Kia Picanto sambil merakamkan aksi Natalia menggunakan telefon bimbit.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 10 Oktober lalu tetapi video yang memaparkan kejadian ngeri itu tular di Internet kelmarin.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 11 tahun itu dipercayai bercuti di Republik Dominica bersama rakannya ketika kemalangan itu berlaku.

Dalam video berkenaan, Natalia yang dipercayai mabuk dan hanya memakai seluar dalam dilihat mengeluarkan kepalanya di luar tingkap kereta yang dipandu laju.

Dia kemudiannya menjulurkan sebahagian badannya dan secara tiba-tiba kepala wanita itu terkena papan tanda jalan.

Menurut media tempatan, Ivanna segera memandu ke hospital tetapi Natalia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, pihak berkuasa Republik Dominica dilaporkan menahan rakan mangsa selepas video kemalangan berkenaan tular di Internet. - Metro

Possibly Related Threads...
Isteri Orang Berpangkat Asp Dicekup Separuh Bogel Bersama Kekasih
Ruang Balai Sempit, Polis Dakwa Punca Tersentuh Dada Polis Wanita
Jari Dijolok Ke Dalam, Wanita Pukul Lelaki Cabul Hingga Tangan Sendiri Patah
Wanita Separuh Abad Didenda Rm4,000 Tawar Seks Kepada Polis
Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel
Lelaki Ditahan Menyamar Polis, Seks Luar Tabii Terhadap Wanita Asing
Lelaki Nigeria Kempunan Mahu Rogol Wanita Uganda Lepas Polis Tiba-tiba Lalu
Cabul Wanita Dalam Myvi, Pemandu Grab Didenda Rm1,500
Pengurus Syarikat Didakwa Rogol Anak Teman Wanita Di Kajang
Perkosa Wanita Malaysia Sedang Mabuk, 3 Lelaki Britain Dipenjara



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 422
Padah Julur Kepala, Wanita Bogel Maut Berlanggar Papan Tanda
sukawg
113326
Forum Jump: