Pakar Harap Mh370 Ditemui Dalam Sebulan Lagi

Offline
01-24-2018, 06:21 PM,
#1


resim

SYDNEY, 24 Jan ― Setelah hampir empat tahun hilang, bangkai pesawat MH370 diharapkan boleh ditemui dalam tempoh sebulan di lokasi pencarian baru.



Usaha baru syarikat swasta Ocean Infinity, yang bermula Isnin, dibantu kapal berteknologi tinggi dan analisa keadaan laut yang terbaru, lapor AFP.

Jika usaha mencari Boeing 777 yang membawa 239 orang, hilang 8 Mac 2014, berjaya, syarikat itu diberikan ganjaran US$70 juta (RM274 juta).

"Kami berharap mereka boleh bertemu pesawat tersebut dalam tempoh sebulan," kata ahli kajian laut David Griffin di badan penyelidikan sains CSIRO.

"Malaysia memberi tempoh tiga bulan. Kita berada di minggu pertama. Kita boleh mendengar perkembangan mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi."

Griffin, yang bertugas dengan badan penyelidikan utama Australia itu, bertemu Ocean Infinity di London bulan lepas.

Pencarian yang diketuai Australia seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi tidak berjaya. Operasi digantung tahun lepas. - MMO

Possibly Related Threads...
Penafian Tuduhan Che Det Teori Mh370 Dikawal Dari Jauh
Kapal Cari Mh370 Jumpa Peti Harta Karun?
Kapal Cari Mh370 Hilang Secara Misteri Selama 6 Hari
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 86
Pakar Harap Mh370 Ditemui Dalam Sebulan Lagi
sukawg
115376
Forum Jump: