Pakar Yakin Mh370 Sebenarnya Tiada Di Lokasi Pencarian

Offline
12-20-2016, 08:52 PM,
#1


resim

SYDNEY: Analisis terbaharu menunjukkan pesawat Malaysia, MH370, yang hilang tidak berada dalam zon pencarian di Lautan Hindi dan mungkin ia berada jauh ke utara.



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), hari ini berkata, kawasan pencarian itu mungkin tidak diperluaskan lagi berikutan tiada kesan pesawat itu berada di dasar laut luar pantai Australia.

"Pasukan pakar amat yakin kawasan pencarian dasar laut yang dikenal pasti sebelum ini tidak mempunyai pesawat yang dicari," katanya.

Pada 8 Mac 2014, pesawat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan membawa 239 kru dan penumpang.

Bagaimanapun, lebih 20 serpihan ditemui, kebanyakannya di pesisir pantai barat Lautan Hindi sudah disahkan atau mungkin daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Pencarian kasar kawasan laut seluas 120,000 kilometer persegi sudah berakhir dan bulan lalu, beberapa pakar antarabangsa, termasuk dari Australia, Boeing dan Inmarsat bertemu di Canberra untuk meneliti bukti dan model pencarian.

Kawasan pencarian sebelum ini dikenal pasti bersandarkan analisis satelit terhadap unjuran pergerakan pesawat, selepas ia menukar arah daripada laluan dijadualkan, selain mengambil kira faktor dinamik pesawat dan data meterologi.

Ia menunjukkan lokasi terakhir diketahui adalah di sepanjang laluan ke arah utara ke Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

Koridor laluan utara itu ditolak kerana jika ia berlaku, pesawat pasti sudah dikesan.

Laporan itu berkata, keputusan model arah arus serpihan dan maklumat satelit terkini menunjukkan ada bukti kuat pesawat itu kemungkinan berada di utara kawasan pencarian dasar laut.

Ia mengenal pasti satu kawasan dengan keluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi, yang berkemungkinan besar mempunyai serpihan pesawat itu. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 289
Pakar Yakin Mh370 Sebenarnya Tiada Di Lokasi Pencarian
sukawg
106520
Forum Jump: