Palestin Dakwa Israel Di Mahkamah Jenayah Antarabangsa 1 April Ini

Offline
03-04-2015, 08:04 AM,
#1
resim
Gambar bertarikh 26 Februari lalu merakamkan seorang kanak-kanak perempuan Palestin bermain berdekatan rumah-rumah penduduk Palestin yang musnah akibat dibedil tentera Israel pada tahun lalu di pekan Biet Hanoun, utara Gaza. – REUTERS

RAMALLAH 3 Mac - Kerajaan Palestin akan mengemukakan kes pertama secara rasmi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung jenayah perang yang dilakukan Israel di wilayah Gaza dan isu penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Anggota pergerakan Fatah, Mohammed Shtayyeh berkata, satu daripada langkah penting adalah memfailkan kes tersebut kepada ICC pada 1 April ini membabitkan jenayah perang di Gaza pada tahun lalu dan aktiviti penempatan haram Yahudi di bumi Palestin.

Tindakan itu diambil selepas keanggotaan Palestin dalam ICC yang beribu pejabat di The Hague berkuatkuasa pada 1 April ini.

Dengan menjadi anggota ICC, Palestin mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai Israel berhubung dakwaan jenayah perang.

Bagaimanapun tiada maklum balas yang diterima daripada rejim Zionis Israel berhubung tindakan terbaharuu Palestin itu.

Pada Januari lalu, ICC mengumumkan siasatan awal terhadap keganasan Israel sepanjang perang selama 55 hari di wilayah Gaza pada tahun lalu yang menyaksikan lebih 2,200 penduduk Palestin terbunuh.

Dalam perkembangan berasingan, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Asia Barat, Robert Serry mengkritik masyarakat antarabangsa berhubung kegagalan menyerahkan bantuan bagi membangunkan semula Gaza.

Menurut Serry, situasi di wilayah Gaza semakin meruncing disebabkan banyak lagi larangan terhadap operasi keluar masuk barangan dan penduduk dikuatkuasakan di sempadan Gaza dan Israel.

Jelasnya, keadaan itu bertambah buruk dengan tindakan kerajaan Mesir menutup sempadan di Rafah.

“Hanya sejumlah kecil daripada AS$5.4 bilion (RM19.5 bilion) dana yang dijanjikan semasa sidang kemanusiaan di Kaherah, telah diterima dan situasi ini tidak boleh diterima.

“Saya menggesa semua pemegang dana termasuk pergerakan Palestin, kerajaan Mesir, Israel, masyarakat antarabangsa dan kumpulan penderma untuk mengubah dasar mereka selain melaksanakan strategi ‘Dahulukan Gaza’,” katanya. – AFP

Possibly Related Threads...
Imam Masjid Al Aqsa Ditembak Tentera Israel
Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 453
Palestin Dakwa Israel Di Mahkamah Jenayah Antarabangsa 1 April Ini
sukawg
93706
Forum Jump: