Palestin Dibenar Kibar Bendera Di Ibu Pejabat Pbb

Offline
09-12-2015, 06:55 AM,
#1
resim
Bendera Palestin dinaikkan di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada Disember 2011 sebagai mengiktiraf Palestin sebagai anggota agensi dunia itu. AGENSI

NEW YORK 11 Sept. - Palestin mencipta sejarah apabila berjaya meraih sokongan majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengundi resolusi membenarkan Palestin mengibarkan benderanya di ibu pejabat badan dunia tersebut di sini, sekali gus mencapai kemenangan diplomatik dalam kempen mendapatkan status sebagai negara yang sah.

Undian terhadap usul resolusi itu yang dikemukakan semalam, disokong oleh 119 negara anggota, manakala hanya lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat (AS), manakala 45 lagi mengambil sikap berkecuali.

Kejayaan tersebut bakal menyaksikan bendera Palestin yang memegang status sebagai negara pemerhati bukan anggota, berkibar bersama-sama bendera 193 negara anggota lain di ibu pejabat PBB di New York.

PBB mempunyai masa 20 hari untuk melaksanakan resolusi itu menjelang lawatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke ibu pejabatnya pada 30 September ini.

Wakil Palestin ke PBB, Riyadh Mansour berkata, usaha terbabit memberi harapan kepada penduduk Palestin bahawa masyarakat dunia terus menyokong perjuangan wilayah tersebut untuk mencapai keamanan daripada penindasan dan kekejaman Israel sejak 1947.

“Kejayaan ini bukan sahaja simbolik, tetapi satu lagi langkah meneraju usaha Palestin untuk mencapai status sebuah negara yang sah dan berdaulat,” kata beliau.

Senada dengan Riyadh, Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah yang kini berada di Paris, menyifatkan pencapaian bersejarah itu sebagai langkah positif untuk mendapatkan status penuh negara anggota di PBB.

“Saya harap Perancis juga akan memberi sokongan dan pengiktirafan kepada Palestin sebagai sebuah negara bebas,” katanya selepas bertemu rakan sejawatnya, Manuel Valls.

Eropah berbelah-bahagi terhadap resolusi berhubung bendera itu apabila Perancis, Rusia, dan Sweden menyokong usul berkenaan, manakala Britain, Jerman, Austria, Finland, Belanda, dan Cyprus mengambil pendirian berkecuali.

Walaupun Perancis menyokong usaha berkenaan, Paris enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang sah, manakala Kanada dan Australia antara lapan negara yang menentang pengibaran bendera terbabit. – AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
Jelajah Iyat Burnat Pertentangan Tanpa Kekerasan Anjuran Aman Palestin
Israel Lulus Batal Hak Penduduk Palestin
Lelaki Palestin Mati Ditembak Keluarga Sendiri Lepas Belot Bantu Israel
Gadis Palestin Tampar Tentera Israel Didakwa
Kenali Gadis Palestin Yang Berani Ini
4 Penduduk Palestin Maut, 160 Cedera Dalam Bantahan Isu Baitulmuqaddis
2 Pejuang Palestin Terkorban Dalam Letupan
Serangan Udara Israel Bunuh 3 Penduduk Palestin
Amerika Beri Amaran Kepada Palestin Jangan Batalkan Pertemuan Dengan Pence
2 Warga Palestin Mati Ditembak Tentera Zionis Hari Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 501
Palestin Dibenar Kibar Bendera Di Ibu Pejabat Pbb
sukawg
98176
Forum Jump: