Panass!! Apa Kaitan Mirzan Mahathir Dan San Miguel?

Offline
06-01-2013, 12:11 PM,
#1
resim

1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.


6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”.

Sumber Mc ambil dari SINI. Inilah keterangan sebenar mengenai San Miguel. Tapi potong jari la puak Pas takkan percaya. Jenis buta perut nak tengok kesalahan orang saja. Terangkanlah macam mana pun. depa tetap bebal!


McTheory:
Beliau bukan tauke kilang arak, tapi menukar kilang arak yang bankrup kepada industri pembinaan, patutnya dia dipuji kerana tutup bisnes arak!! Tapi sebaliknya beliau di HINA!

Possibly Related Threads...
Dr Mahathir Yakin Kejadian 11 September Dirancang Amerika
Offline
06-01-2013, 02:21 PM,
#2
" 8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini. "

Perkataan yang betul ialah men 'diversify' kan ( memperluaskan skop/bidang ) perniagaan San Miguel Corporation. Dia tidak ' menukar syarikat arak kepada syarikat bukan buat arak' seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Lawati website San Miguel Corporation dan boleh lihat Financial Highlight terbaru bahawa Revenue drpd perniagaan tradisi iaitu alcoholic beverages masih menjadi salah satu revenue teras syarikat.

Adalah tidak baik utk kita membuat sebarang tuduhan buruk terhadap peranan beliau tetapi pada masa yang sama kita juga harus tahu semua fakta sebelum nak buat rumusan.

Apa-apa pun, hari-hari kita mohon pada Allah ... Ihdinassirotalmustaqiim... setiap kali kita solat. Akhirat nanti dah tak boleh spin dah apa-apa alasan kerana hanya Allah sahaja ... maalikiyaumiddiin.

It is what it is, nothing more, nothing less Big Grin
Offline
06-01-2013, 04:14 PM,
#3
biseness yg sampai kiamat susah nak bankrup dan cepat kaya adalah pelacuran, todi dan judi...so pikir2kan lah. Big Grin
Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you
Away
06-01-2013, 04:21 PM,
#4
Beliau bukan tauke kilang arak, tapi menukar kilang arak yang bankrup kepada industri pembinaan, patutnya dia dipuji kerana tutup bisnes arak!! Tapi sebaliknya beliau di HINA!...................
gelak gelak .....mcm dh tak sumber lain ke kat dunia ni ... :gelakk OOooooooppppppsssss betui ke aku ckp ni Smile
Offline
06-01-2013, 04:46 PM,
#5
gelak gelak gereja pun boleh ubah jadi masjid
Online
06-01-2013, 04:55 PM,
#6
pelik gila artikel ni

layan p lah


gelakym
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
06-01-2013, 05:00 PM,
#7
gereja tukar ke masjid...dia x kekal nama gereja...tukar terus nama masjid

sami guel tuka ke pembinaan...tapi kalo di gogel tetap kilang todi...x pulak kata kilang simen sami guel...Tongue

betulkan kalo teman tersilap Big Grin
Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 6 <<>> Dilihat: 1815
Panass!! Apa Kaitan Mirzan Mahathir Dan San Miguel?
Geesya
72455
Forum Jump: