Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir

Offline
05-16-2015, 08:55 PM,
#1
resim

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini.

Dalam reaksinya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata laporan mengenai peletakan jawatan Pandikar merupakan spekulasi semata-mata.

"Pada mesyuarat terakhir pun, cerita peletakan jawatan beliau timbul, tetapi beliau sedang cuti rasmi waktu itu. Beliau hadir juga akhirnya," Ronald memberitahu The Star Online.

Menurutnya, minggu lalu Pandikar mempengerusikan mesyuarat penganjur Persidangan Speaker Komanwel yang akan diadakan pada Januari tahun depan di Kota Kinabalu.

Pandikar kali terakhir dilihat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah projek perumahan rakyat di Kota Belud, Sabah, Ahad lalu.

Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ahli Parlimen Umno tidak berani melakukannya.

Katanya, jika benar Dewan Rakyat meluluskan usul undi tidak percaya itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti.

“Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Ahli Umno bukan majoriti. Mereka terpaksa juga mendapat sokongan daripada ahli BN.

“Saya dapati ahli Umno agak lemah dan mereka tidak berani buat apa pun. Takut-takut lagi satu pilihan raya tidak boleh jadi calon kot, tidak tahulah.

“Masing-masing semua takut belaka menjaga kepentingan diri. Sebab itu hendak ada undi tidak percaya agak sukar,” katanya dalam dewan yang dipenuhi lebih 1,000 orang.

Menjawab soalan salah seorang hadirin mengenai kelantangannya mengkritik Najib boleh menyebabkannya dipecat daripada Umno, Dr Mahathir berkata, “Nak pecat saya, pecat. Saya sudah kena pecat daripada (zaman) Tunku (Abdul Rahman) lagi.” – 16 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pandikar Akhirnya Mengaku Letak Jawatan Sebelum Ini
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Husam Putus Pertahan Jawatan Naib Presiden
Mahathir: Guan Eng pun sama, undurlah
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 717
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
ringgit maker
95700
Forum Jump: