Parking Lot - Tips Keselamatan Untuk Wanita.

Offline
12-13-2013, 08:09 AM,
#1
resim


Banyak kejadian jenayah berlaku di tempat meletak kereta. Kejadian seperti culik, samun, serangan fizikal dan sebagainya.

Oleh itu, langkah-langkah keselamatan amat penting khususnya kaum wanita. Terdapat beberapa tips keselamatan untuk anda ketika berada di tempat letak kereta.




1. PILIH KAWASAN LETAK KERETA - Jika anda mempunyai pilihan letaklah kenderaan anda di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera litar, peronda dan yang berpagar.

2. LETAK DIPETAK BERLAMPU - Walaupun anda tiba waktu siang dan merancang pulang sebelum malam, kemungkinan untuk pulang lewat memang ada. Justeru, letak kereta di petak di bawah cahaya lampu terang.

3. TUNGGU SEBENTAR - Sebaik sahaja meletakkan kenderaan, jangan terus matikan enjin, perhatikan persekitaran dulu. Jika anda selesa, barulah matikan enjin dan keluar dengan cepat dan tanpa berlengah.

4. JANGAN BERLENGAH - Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kunci dan terus beredar menggunakan laluan kenderaan ke destinasi anda. Jangan lalu di antara celah kenderaan disitu.







5. PERHATIKAN KAWASAN LETAK KERETA - Apabila hendak pulang ke kereta, imbas persekitaran terlebih dahulu. Waspada terhadap individu yang mencurigakan terutama yang duduk di dalam kenderaan sambil memerhatikan anda kerana mereka mungkin penjenayah yang menanti peluang atau merancang melakukan jenayah

6. PASTIKAN KUNCI SENTIASA DI TANGAN - Pegang kunci kereta ketika hendak kembali semula ke kereta. Anda tentunya tidak mahu teraba-raba mencari kunci dan memberi peluang penjenayah menyerang anda daripada belakang.

7. MASUK SEGERA - Buka pintu dan masuk ke dalam kereta dengan segera tanpa berlengah. Perbuatan menanggalkan kot atau menyusun barang yang dibawa masuk mendedahkan anda kepada bahaya untuk diserang.

8. TARIK PERHATIAN JIKA DIHALANG - Jika kereta anda dihalang, tarik perhatian orang ramai dengan membunyikan hon, menghidupkan siren kecemasan dan menyalakan lampu hadapan.

9. DAPATKAN BANTUAN - Sekiranya anda mengesyaki sesuatu dapatkan bantuan keselamatan dengan segera.



Video Hiasan





Possibly Related Threads...
Tips Menyimpan Duit Setiap Bulan Untuk Golongan Muda-mudi.
Kereta Milik Penumpang Mh 370 Yang Ditinggalkan Tanpa Dituntut Di Parking Lot Klia
Tips Mendapat Ribuan 'likes' Melalui Entri Di Facebook.
7 Pertanyaan Wanita Buat Lelaki Beriman
Niosh-tnb Dan Cidb - Aspek Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja.
Tips Cara Baru Rebus Telur Yang Lebih Special.
Sudu Gula Berbentuk Tengkorak; Peringatan Terbaik Untuk Kurangkan Penggunaan Gula ^^
Kisah Anak Solehah, Mengunyahkan Makanan Untuk Ibunya Yang Lumpuh.
20 Tips Menjimatkan Duit - Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik Kan? Tak Reti-reti?
Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 906
Parking Lot - Tips Keselamatan Untuk Wanita.
Reez Ramsey
79957
Forum Jump: