Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi

Offline
05-19-2015, 02:57 PM,
#1
resim

PAS berhak menyuarakan kemarahannya terhadap rakan sekutunya DAP yang menolak hudud kerana ia diizinkan Allah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Katanya, sifat marah memang semula jadi ada pada manusia biasa dan ia menjadi tanggungjawab PAS kerana parti demokratik itu menentang pelaksanaan hukum Allah.

"Kita marah pada perkara yang Allah izinkan. Perkara yang Allah tak izinkan, kita tak marah.

"Apabila kita nak kemukakan usul jenayah syariah di Kelantan, yang berkaitan orang Islam, orang bukan Islam tak berkait," katanya pada program Bicara Harakah di Kuala Lumpur hari ini.

Hadi mengulangi penjelasannya, mengatakan DAP pada pertemuan mereka sebelum ini menyatakan bersetuju Kelantan melaksanakan hudud walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum itu.

"Namun demikian dia (DAP) terus buat kenyataan menentang Kelantan. Bila ada perkara macam ini, tanggungjawab kitalah untuk marah.

"Kalau tak ada marah dalam Islam, tak ada kemanisan iman," katanya menjawab soalan hadirin yang bertanya kenapa PAS dilihat terus marah dengan DAP. – 19 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Dap Tolak Kabinet Bayangan Cadangan Wan Azizah
Hadi Tak Kisah Kalau Tak Tersenarai Dalam Kabinet Bayangan Pakatan
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir
Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 655
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
ringgit maker
95776
Forum Jump: