Pasangan Gay Dari Tawau Berkahwin, Laporan Polis Dibuat

Offline
11-13-2017, 10:00 PM,
#1
resim
KONTROVERSI perkahwinan sejenis dipercayai berlaku di Tawau yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

KOTA KINABALU: Kontroversi perkahwinan sejenis dipercayai berlaku di Tawau yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, semakin mendapat perhatian umum yang mahu perkara itu diselesaikan segera.

Difahamkan, beberapa laporan polis sudah dibuat di negeri ini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana bimbang budaya songsang itu menular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Terbaharu, Pemuda UMNO Sepanggar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini untuk menyuarakan kebimbangan kesan negatif isu berkenaan.

Wakil Pemuda UMNO Sepanggar, Shyazreen Asri, berkata laporan polis dibuat supaya pihak berkuasa atau jabatan yang berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Katanya, kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana agama membenarkan perkahwinan sejenis.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini dan kita bimbang kesan yang akan tercetus sekiranya tidak dibendung dari awal.

"Isu ini juga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Ini jelas boleh dilihat daripada komen netizen di laman sosial yang rata-ratanya menolak perkahwinan sejenis ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Shyazreen berkata, laporan itu juga dibuat bagi mengelak kejadian seperti itu berulang dan menjadi budaya di negara ini.

Isu berkenaan timbul selepas gambar kedua-dua lelaki pasangan sejenis berusia 26 dan 28 tahun itu dimuatnaik di Facebook sebelum viral di aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataan di Facebook itu, pasangan berkenaan dikatakan sudah mengadakan majlis pra perkahwinan di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, beberapa NGO membuat laporan polis di Tawau bagi meminta pihak berkuasa menyiasat berhubung perkara itu. - BHarian

====

PERKAHWINAN SEJENIS PERTAMA DARI TAWAU... Berkemungkinan pertama di Malaysia...

Berita ni mula menjadi perbualan hangat masyarakat cina Tawau... tetapi tak berani post selagi belum dapat pengesahan atau sumber dari media perdana..

Ivan Shing Yan (28 tahun) & Winson Hsu Wing (26 tahun) berkenalan 3 tahun lepas dan di situ segalanya bermula.. Mereka juga bersama sama membuka Ding Tea Cafe, jenama minuman dari Taiwan di Pusat Komersil Bintang Kubota Tawau..

Mereka mengadakan majlis "proposal" atau deklarasi perkahwinan mereka di kuala lumpur minggu lepas.. selepas majlis itu, masing masing mengumumkan kepada umum di facebook mereka.

Ivan dimaklumkan pernah berkahwin secara normal sebelum ini tetapi tidak berpanjangan. Mungkin dirinya betul-betul kecewa dengan perempuan.

Video majlis tersebut mula dikongsikan menggunakan platform vimeo dan mula menarik perhatian ramai.

Mereka belum buat keputusan di negara mana mahu mendaftarkan perkahwinan mereka.


resim
resim

Possibly Related Threads...
Kapal Selam Hilang, Bunyi Dari Dasar Laut Bukan Dari San Juan
Doktor Keluarkan Belut Dari Dalam Perut, Dimasukkan Ikut Dubur
Negara Terapung Bebas Dari Politik Akan Dibina Di Perairan Pasifik
Cahaya Jatuh Dari Langit Membentuk Lubang Misteri Di Kudat
Keyboard Warrior Tuduh Polis Minta Duit Didenda Rm2,000
Polis Buru Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Di Damansara
Pesawat Airasia Qz535 Terjunam Dari 32,000 Hingga 10,000 Kaki
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
Polis Pegang Tangan, Gadis Instagram Nafi Itu Dirinya
Anggota Polis Dakwa Mahu Tolak Tangan, Bukan Pegang-pegang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 60
Pasangan Gay Dari Tawau Berkahwin, Laporan Polis Dibuat
sukawg
113629
Forum Jump: