Pasangan Masih Muda Dicekup Khalwat Di Apartment

Offline
01-09-2018, 09:27 PM,
#1
resim
ANGGOTA penguat kuasa menahan pasangan yang disyaki khalwat di sebuah apartmen di Mantin, semalam. FOTO Ihsan JHEAINS

PASANGAN remaja masing-masing berusia 17 tahun dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selepas disyaki berkhalwat di rumah ibu angkat mereka di apartmen di Mantin, Nilai, hari ini.

Sumber berkata, anggota penguatkuasa yang menerima aduan penduduk menjalankan serbuan di premis terbabit, 12.30 tengah malam.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai bersekedudukan sebelum anggotanya mengetuk pintu rumah.

"Sedar kehadiran pihak berkuasa, remaja lelaki cuba terjun tingkat satu kediaman, namun, dia membatalkan hasrat sebaik dinasihati anggota JHEAINS," katanya.

Sumber itu berkata, suspek mendakwa berduaan di rumah akibat kepenatan selepas menziarahi anak kepada ibu angkat mereka yang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

"Pemeriksaan mendapati hanya dua remaja itu berada di kediaman manakala ibu angkat mereka berada di hospital," katanya.

Menurutnya, remaja lelaki memberitahu tinggal di bilik berasingan namun pemeriksaan mendapati barang peribadi milik mereka berada dalam bilik yang sama.

"Remaja perempuan mendakwa bapanya yang tinggal di Lenggeng yang menghantarnya untuk bermalam di rumah itu," katanya.

Sementara itu Ketua Unit Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah dihubungi mengesahkan penahanan mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. - Metro

Possibly Related Threads...
Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang Didenda
Janda Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang, Didenda Rm5,700
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Gadis & Suami Orang Dicekup Di Bulan Ramadan Didenda Rm2,600
2 Janda Adik Beradik Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Demi Minyak Pengasih, 25 Anak Muda Sanggup Diliwat Dukun
Pasangan Dirakam Bercumbu Dalam Tren Ktm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 139
Pasangan Masih Muda Dicekup Khalwat Di Apartment
sukawg
115008
Forum Jump: