Pasaraya Halal Di Paris Diarah Tutup Kerana Tak Jual Arak, Babi

Online
12-06-2017, 05:37 PM,
#1
resim

PETALING JAYA: Mahkamah di Perancis mengarahkan sebuah pasar raya halal di Paris ditutup kerana tidak menjual arak dan daging ****.

The Independent melaporkan sebuah mahkamah di Nanterre mengeluarkan perintah itu selepas mendapati Pasaraya Mini Good Price yang terletak di Colombes gagal mematuhi kontrak penyewaan premis yang menyatakan kedai itu perlu bertindak sebagai “pasar raya umum”.

Pihak berkuasa tempatan berkata, penduduk setempat tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya kerana kedai itu tidaak menjual produk arak dan ****.

Menurut laporan pegawai mahkamah, bekalan pasar raya itu hampir semuanya terdiri daripada produk halal.

Pengurus pasar raya itu berkata, mereka menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan pasaran tempatan.

Hujahnya disokong peguamnya yang berkata, kedai itu tiada kewajipan menjual alkohol kerana ia “bukan sebahagian daripada diet umum”, sebaliknya sekadar pelengkap makanan.

Mahkamah bertegas bekalan di kedai itu “terhad dan tidak memenuhi konsep kebaikan umum yang luas”.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan kontrak penyewaan premis itu ditamatkan dan pengusahanya diusir.

Pengurus pasar raya itu juga diperintah membayar kos guaman €4,000 (RM19,245) kepada pihak berkuasa tempatan. - FMT

Possibly Related Threads...
Kerana Terlalu Rindu, Wanita Makan Abu Mayat Ibu Sendiri
Cikgu Di Sarawak Disiasat Kerana Hina Islam Di Facebook
Jual Ikan Rm5 Sekilo
Di Kem Pelarian Rohingya Pun Ada Kedai Jual Emas
Pakar Bedah Didakwa Kerana Ukir Nama Sendiri Pada Hati Pesakit
Enggan Jual Petrol, Kpdnkk Sita Sebuah Stesen Minyak Di Kelantan
Lelaki Dipenjara Setahun Kerana Pijak Potret Genghis Khan
Kedai Bundle Jual Baju Sehelai Rm1 Bantu Ramai Yang Kesempitan Hidup
Demi Sesuap Nasi, Lelaki Berenang Di Laut Untuk Jual Aiskrim
Isteri Dicerai Talak Tiga Kerana Hadiri Perhimpunan Politik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 50
Pasaraya Halal Di Paris Diarah Tutup Kerana Tak Jual Arak, Babi
sukawg
114132
Forum Jump: