Pasukan Elit Payung Terjun 10 Briged Para Kini Elemen Tetap Di Sabah

Online
11-23-2017, 08:53 PM,
#1
resim
resim
resim
resim

KOTA BELUD: Pasukan elit payung terjun kini elemen aturgerak tetap di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (EssZone) untuk menangani sebarang ancaman keselamatan seperti pencerobohan militan Sulu 2013 di Lahad Datu.

10 Briged Paratrooper, lebih dikenali sebagai 10 Para, yang berpangkalan di kem tentera Terendak di Melaka, digerakkan ke Tanduo untuk menangani konflik bersenjata itu.

“Sebagai pasukan aturgerak cepat, kini kehadiran kami akan dirasai di pantai timur Sabah untuk menjaga keselamatannya,” kata ketua briged Datuk Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

“Anggota briged kami sentiasa berada di EssZone di mana kami berkongsi pos dengan formasi keselamatan lain. Kalau ada sebarang kecemasan, kami yang pertama digerakkan.

“Kalau ada serangan ke atas kepentingan strategik, sebagai responder pertama, kami akan menyelinap masuk ke kawasan itu melalui udara, helikopter dan laut.

“Kami sentiasa aktif di pantai timur Sabah di bawah payung Angkatan Tugas Bersama d Tawau dan EssCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).”

Briged elit itu bersedia untuk peperangan dalam bandar seperti pertempuran bandar Marawi di selatan Filipina oleh kumpulan pro-IS yang berakhir bulan lepas.

Tentera Filipina, yang sebahagian besarnya terlatih dalam perang konvensional, dilaporkan tidak dilatih untuk peperangan dalam bandar dan terpaksa mengimprovisasi untuk menawan bandar itu selepas 5 bulan bertempur.

Penembak hendap dan bom buatan sendiri yang diletakkan secara strategik antara faktor yang menghalang kemaraan pasukan keselamatan di Marawi.

Menurut laporan, tentera udara dan darat Filipina tidak pernah mengadakan latihan peperangan dalam bandar secara bersama, yang dikatakan penyebab kejadian mengebom rakan sendiri di Marawi.

Pegawai tentera berkata militan, yang berjumlah kira-kira 1,000, membawa jenis peperangan dalam bandar yang baharu dan pada awalnya membingungkan tentera Filipina.

“Pengganas menggunakan taktik pertempuran yang kita lihat di Timur Tengah,” kata ketua angkatan Amerika Syarikat di Pasifik Laksamana Harry Harris di forum keselamatan di Singapura bulan lepas.

Tentera udara Malaysia berkata peperangan dalam bandar seperti di Marawi akan diperkenalkan dalam doktrin pertempuran mulai tahun depan.

“Sebahagian daripada modul latihan kami meliputi pertempuran dalam kawasan terbina, jadi tentera kami terlatih dalam pertempuran dalam bandar,” kata Fauzi.

“Kita boleh mendarat, berkumpul dan menjalankan tugas secara berpasukan. Pasukan khas seperti komando hanya unit kecil, tetapi kami juga terdedah kepada taktik pasukan khas.

“Kami boleh menjalankan misi sepertimana pasukan konvensional yang besar dan melaksanakan operasi khas yang kecil.

“Kami sudah lama dilatih dalam peperangan dalam bandar. Di kem Terendak, kami jalankan latihan dalam operasi kawasan terbina dan pemugaran bilik ke bilik.”

Terdahulu, Fauzi menyaksikan latihan terjunan anggota payung terjun besar-besaran dari ketinggian 1,000 kaki termasuk 200 anggota daripada 10 Para, 3 pesawat pengangkut C130 dan 2 jet pejuang F/A-18D.

“Kami akan adakan lebih banyak latihan besar-besaran seperti ini hari ini dan esok di Kota Belud,” katanya.

“Dalam latihan seperti ini, kami dilatih untuk melakukan penerjunan untuk menawan kawasan berkepentingan strategik dan taktikal.” - FMT

Possibly Related Threads...
Gajah Dipakaikan Kolar Ditemui Sudah Reput Dipercayai Ditembak Di Sabah
Apam Balik Kini Tiada Jagung, Kalau Mahu Tambah Lagi Rm1.50, Kata Peniaga
Walaupun Jari Kaki Patah, Tok Kadi Tetap Nikahkan Pengantin
Bekas Menteri Sabah Acu Pistol Pada Pemandu Uber
Dipukul Senior Kerana Curi Duit, Pelajar Kini Sukar Kencing
Musang King Kini Cecah Rm800 Sekilo Di Luar Negara
Tv Toshiba Kini Milik Syarikat China, Hisense
Penduduk Malaysia Kini Seramai 32.2 Juta Orang
Seleweng Rm1.5 Bilion Di Sabah, Shafie Apdal Ditahan Sprm
Seleweng Rm1.5 Bilion Di Sabah, Shafie Apdal Ditahan Sprm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 57
Pasukan Elit Payung Terjun 10 Briged Para Kini Elemen Tetap Di Sabah
sukawg
113862
Forum Jump: