Pecah Rekod Dunia Sumbat Straw Paling Banyak Dalam Mulut

Online
11-22-2017, 08:28 AM,
#1
resim
MAHARANA bergambar dengan 459 straw minuman di dalam mulutnya bagi mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness. - Agensi

resim
resim

New Delhi: Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila menyumbat 459 straw minuman di dalam mulutnya.

Manoj Kumar Maharana, 23, yang berasal dari Odisha berjaya memecahkan rekod dunia untuk straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan.

Untuk memecahkan rekod itu, Maharana perlu memastikan semua straw minuman berada di dalam mulutnya selama 10 saat tanpa ada satupun yang jatuh.

Rekod straw minuman paling banyak disumbat ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan itu sebelum ini bertahan selama lapan tahun.

Rekod sebelum ini dipegang Simon Elmore dari Jerman yang berjaya menyumbat 400 straw minuman di dalam mulutnya.

Syarat cabaran ini, pencabar tidak boleh menggunakan tangan untuk menyokong straw minuman di dalam mulut mereka.

Pencabar hanya boleh menggunakan gelang getah untuk mengikat straw minuman berkenaan.

Maharana berkata, sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk mencatatkan namanya di dalam buku Rekod Dunia Guinness.

“Selepas mendengar mengenai rekod yang dibuat oleh Elmore sebelum ini, saya bertekad untuk memecahkannya,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Ada Aircond, Stesen Petron Tongkang Pechah Juara Tandas Paling Bersih Di Malaysia
Putera Mahkota Saudi Beli Istana Termahal Di Dunia Bernilai Rm1.2 Bilion
Luncur Air Terpanjang Di Dunia Di Teluk Bahang, Sepanjang 1 Km!
Tumor 3kg Tumbuh Dalam Badan Selama 65 Tahun Berjaya Dikeluarkan
Berkorban Nyawa Demi Adik - Remaja Oku Lemas Jatuh Ke Dalam Sungai
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
Ayam Murah Cuma Rm2.99 Sekilo, 1,800 Ekor Habis Dalam 2 Jam
5 Tahun Tak Tukar Sarung Bantal, Kelopak Mata Bernanah Ada Banyak Kutu
Pokok-pokok Luar Biasa Di Dunia Diabadikan Dalam Sebuah Buku



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 64
Pecah Rekod Dunia Sumbat Straw Paling Banyak Dalam Mulut
sukawg
113826
Forum Jump: