Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat

Offline
01-15-2018, 09:05 PM,
#1
resim

SEORANG ‘imam’ memberi alasan untuk membantu seorang gadis berusia 14 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, sebelum dia dua kali merogol mangsa di sebuah hotel di Beaufort.

Perbuatan keji lelaki berusia 50 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada abang dan kakak iparnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh ahli keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, semalam.

Susulan itu, ‘imam’ terbabit ditahan polis di rumahnya di sebuah kampung Beaufort, pada hari sama.

Menurut sumber, mangsa bersama teman lelakinya antara pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Beaufort oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) cawangan Beaufort pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, lelaki itu yang juga penguat kuasa jabatan agama kemudian dipercayai menemui mangsa untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan.

"Lelaki terbabit mendakwa akan menyediakan urusan semua borang pertunangan dan pernikahan remaja itu dan pasangannya.

"Susulan itu, pada 29 Disember 2017, lelaki itu kemudian datang ke rumah mangsa dan mengajak menguruskan borang nikah sambil ditemani oleh adik lelaki mangsa," katanya.

Sumber berkata, ketika di pekan Beaufort, mangsa diminta supaya mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk mengisi surat nikah, manakala adiknya menunggu di sebuah restoran.

"Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya.

"Namun, kejadian itu bukan pertama kali dan lelaki itu dipercayai sekali lagi merogol mangsa di hotel sama pada 3 Januari lalu," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek.

"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol. - Metro

Possibly Related Threads...
Gadis Tingkatan 3 Diperkosa Teman Lelaki Kenal Di Wechat
Gadis Diperkosa Bergilir-gilir 9 Tentera Kini Sedang Hamil
9 Anggota Tentera Ditahan Perkosa Gadis 17 Tahun
Paksa Anak Telan Pil Cegah Hamil Sebelum Perkosa, Bapa Dipenjara 80 Tahun
Cikgu Wanita Dicekup Dalam Keadaan Aib Dengan Pelajar
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Pemuda Dipenjara 10 Tahun Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Lahirkan Anak
Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri
Konstabel Ditahan Cabul Gadis, Ugut Pasangan Kekasih
Gadis Didakwa Buat Laporan Palsu Diperkosa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 102
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
sukawg
115140
Forum Jump: