Pegawai Utm Didakwa Hari Ini Cabul Pekerja

Offline
01-10-2018, 01:54 PM,
#1
resim

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai undang-undang sebuah universiti awam (UA) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas tujuh pertuduhan mencabul kehormatan pekerjanya.

Tertuduh, Abdul Karim Abdul Aziz, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi.

Bagi tiga pertuduhan yang dibacakan bersama, dia didakwa mengeluarkan perkataan dengan maksud hendak mengaib kehormatan dua pekerjanya yang dilakukan di pejabat penasihat undang-undang UA berkenaan antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada Januari hingga Ogos tahun lalu.

Tiga lagi pertuduhan yang dibacakan bersama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di lokasi dan masa berbeza antara Ogos hingga September tahun lalu.

Bagi pertuduhan terakhir, Abdul Karim didakwa mengaibkan dua pekerjanya dengan perkataan berbaur lucah di lokasi sama pada jam 8 pagi, 26 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan bagi kesemua pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Isa Mohamad Basir. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pegawai Penguatkuasa Perkosa Gadis Yang Dicekup Khalwat
Abang Didakwa Cabul Adik Sendiri Dalam Tandas
Janda Didakwa Lepas Tunjuk Punggung Untuk Promosi Krim Pemutih Di Facebook
Anggota Polis Didakwa Berbogel Depan Jiran Di Melaka
9 Remaja Didakwa Perkosa Gadis Di Gemencheh, Mengaku Salah
2 Mekanik Didakwa Hari Ini Perkosa Gadis
Pegawai Sprm Ditahan Cabul Isteri Orang
Lelaki Didakwa Hari Ini Perkosa Anak Tiri 2 Kali
Ejakulasi Atas Baju Wanita, Lelaki Didakwa Hari Ini
Bapa Sumbang Mahram Dengan Anak Hingga Hamil Didakwa Hari Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 93
Pegawai Utm Didakwa Hari Ini Cabul Pekerja
sukawg
115014
Forum Jump: