Pelaburan Minyak Sawit: Harta Suspek Utama Rm4.3 Juta Disita

Offline
04-21-2017, 05:45 PM,
#1
Harta suspek utama RM4.3 juta disita


resim 
Wang tunai dan antara harta milik suspek utama sindiket pelaburan Crude Palm Oil (CPO) yang disita. FOTO ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyita harta milik suspek utama sindiket pelaburan Crude Palm Oil (CPO) yang ditahan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Rabu lalu, yang keseluruhannya bernilai RM4.3 juta.

Antara yang disita termasuk ladang kurma seluas 101 hektar di Batu Kurau, Perak, wang tunai RM950,000, bot dan dua kenderaan mewah.

Pengarah JSJK Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan rampasan itu dilakukan mengikut Akta pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, suspek berusia 57 tahun yang juga ketua sindiket penipuan itu kini masih direman selama tiga hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kami percaya semua harta dan wang tunai yang dirampas daripada suspek adalah hasil wang kutipan kegiatan penipuan pelaburan itu," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini. - Metro

Possibly Related Threads...
Culik Pastor Koh: Nombor Plat Kenderaan Suspek Tiada Dalam Rekod
Emas Rm13 Juta Ditemui Dalam Loji Penapis Air Switzerland
Dapat Nombor Lepas Sembahyang, Lelaki Menang Rm20 Juta
Seleweng Rm1.5 Bilion Dana Di Sabah, Sprm Sita Rm180 Juta, 3 Ditahan
Sprm Bakal Bongkar Pegawai Kementerian Curi Rm100 Juta
Bakar Tahfiz: Hak Seorang Suspek Kanak-kanak
Imadi Pet Mahu Saman Tukang Viral Rm2.5 Juta
Jumlah Jutawan Seluruh Dunia Kini 16 Juta Orang
Bakar Tahfiz: Pengetua Bersyukur Suspek Didakwa Esok
Tahfiz Dibakar: Pengetua Sahkan Sumbangan Cecah Rm1 Juta
Offline
04-21-2017, 06:05 PM,
#2
Polis sita ladang kurma, wang tunai milik suspek pelaburan CPO

resim
POLIS turut merampas sebuah kenderaan mewah jenis Bentley Continental dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser milik suspek. Foto ihsan PDRM

resim
resim
ANTARA harta milik suspek utama sindiket pelaburan CPO seperti wang tunai, bot dan kereta mewah yang dirampas polis. Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sebuah bot mewah, ladang kurma seluas kira-kira 101 hektar serta wang tunai hampir RM1 juta adalah antara 'harta' yang disita polis susulan tangkapan ke atas dalang utama sindiket penipuan Crude Palm Oil (CPO) di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Polis turut merampas sebuah kenderaan mewah jenis Bentley Continental dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser milik suspek berusia 57 tahun yang ditahan di sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata dalam tangkapan Rabu lalu itu, polis menyita sebuah bot mewah dan wang tunai RM100,000 milik suspek.

"Susulan tangkapan itu, kita membuat operasi susulan hari ini dan semalam dan merampas sebuah kereta jenis Bentley Continental, sebuah Toyota Land Cruiser serta wang tunai berjumlah RM850,000.

"Kita turut menyita sebuah ladang kurma seluas 250 ekar (101 hektar) milik suspek di Batu Kurau, Perak. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM4.3 juta yang dipercayai diperoleh hasil wang kutipan pelaburan CPO," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua barang rampasan akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan suspek terbabit kini direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, JSJK Bukit Aman menahan anak lelaki suspek berusia 35 tahun di Lembah Klang Ahad lalu, hasil maklumat dan risikan susulan 248 aduan daripada mangsa penipuan sindiket berkenaan, membabitkan kerugian RM31 juta.

Selain tangkapan, polis turut merampas tiga buah kereta mewah jenis Nissan GTR, Lamborghini Avantado dan Porsche Panamera serta dua motosikal jenis BMW GS R1200 dan Harley Davidson Fatboy, wang tunai RM53,035 dan mata wang rupiah 18.8 juta (RM6,230) serta geran kenderaan dan tanah.

Sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menawarkan pelaburan berasaskan jual beli minyak sawit dengan menjanjikan pulangan dividen sehingga 30 peratus, berdasarkan pakej yang diambil.

Menurut Acryl Sani, terdapat empat pakej ditawarkan kepada pelabur, iaitu satu tan metrik; dua tan metrik; lima tan metrik dan 10 tan metrik, dengan jumlah bayaran antara RM1,855 hingga RM16,422.

"Pembayaran dividen pula dijanjikan setiap 12 hari bekerja setiap bulan dan pada peringkat permulaan, sindiket membayar jumlah dividen dijanjikan bagi meyakinkan pelabur.

"Namun sebaik pelaburan itu berkembang dan jumlah yang dilaburkan juga meningkat, sindiket bertindak menutup operasi syarikat dan melarikan diri," katanya. - BHarian



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 197
Pelaburan Minyak Sawit: Harta Suspek Utama Rm4.3 Juta Disita
sukawg
109624
Forum Jump: