Pelacur Berkurangan Kerana Kejatuhan Ringgit?

Offline
10-03-2015, 08:50 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR - Sebuah portal dari Hong Kong melaporkan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat menyebabkan pelacur asing tidak lagi melihat Malaysia sebagai 'lombong emas'.

Menurut media Hong Kong itu, kejatuhan nilai ringgit menyebabkan pelacur asing mengalami penurunan pendapatan secara tidak langsung.

Seorang pelacur dari Vietnam memberitahu, RM1 boleh ditukar 7,000 dong pada satu ketika dahulu tetapi kini ia menyusut kepada 5,000 dong.

Pelacur itu turut mengeluh mengalami tekanan kos hidup di Malaysia kerana perlu membayar duit perlindungan, duit kepada mak ayam selain menjelaskan sewa rumah.

Kata pelacur itu, berbanding sebelum kejatuhan ringgit di mana ramai kawannya bercadang 'berniaga' di Malaysia, keadaan semasa menyebabkan mereka tidak lagi berminat terhadap Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata, jumlah pelacur asing di Malaysia sememangnya telah berkurangan.

Roslee bagaimanapun berkata, keadaan itu berlaku kerana polis giat melancarkan operasi untuk membanteras aktiviti pelacuran.

"Jumlah pelacur berkurangan ekoran operasi yang dijalankan, saya tidak mahu mengulas perkaitan faktor ekonomi dengan pengurangan pelacur," katanya.

Menurutnya, antara kawasan tumpuan polis dalam pencegahan maksiat ialah di ibu negara di mana operasi terbaru telah diadakan di sebuah pusat hiburan di Kepong pada malam Rabu.

"Sebanyak 15 lelaki dan wanita dari negara asing telah ditahan.

"Mereka terdiri daripada 13 wanita Thailand dan Vietnam serta dua lelaki Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai jaga," katanya.

Ujarnya, polis dalam operasi tersebut mendapati pelacur mampu memperoleh pendapatan lumayan berbentuk gaji bulanan RM2,000 dan pendapatan tambahan RM400 sehari.

Menurutnya, ketika operasi dijalankan, 22 pelanggan sedang menyaksikan tarian tiang. - MG

Possibly Related Threads...
Selepas 2 Tahun, Bekas Datin Didakwa Kerana Berkhalwat Dalam Kereta
Buah Dada Lelaki Membesar Kerana Makan Makanan Segera
Pemuda Didakwa Kerana Peluk Gadis Wechat Dalam Bilik Hotel
Kerana Minta Putus, Gadis Repot Polis Pernah Dinodai Kekasih
3 Lelaki Didakwa Kerana Menyentuh Gadis Di Kebun Sawit
Penumpang Terkejut Pemandu Uber Beraksi Dengan Pelacur Dalam Kereta
Cikgu Wanita Didakwa Kerana Ada Hubungan Sulit Dengan Pelajar Sendiri
Rakaman Lelaki Rakam Bawah Skirt Wanita, Dilepaskan Kerana Tiada Bukti
Bapa Potong Alat Sulit Pemuda Kerana Seks Bersama Anak Gadisnya
Pemandu Uber Diugut Tuduh Merogol Kerana Dalam Kereta Tiada Pengecas Telefon



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 776
Pelacur Berkurangan Kerana Kejatuhan Ringgit?
sukawg
98690
Forum Jump: