Pelajar Beri Alasan Hisap Ganja Kerana Tertekan Mahu Ambil Spm

Online
10-01-2015, 07:36 AM,
#1
resim
ANGGOTA penguat kuasa AADK menyoal siasat pelajar yang ditahan dalam serbuan Ops Target.

Kuala Lumpur: Empat pelajar tingkatan lima memberikan alasan tidak munasabah kononnya mengambil ganja akibat diserang tekanan emosi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal dihadapi.

Semua pelajar lelaki sebuah sekolah di Lembah Keramat itu diberkas polis dalam serbuan ‘Ops Target’ di belakang sebuah sekolah jam 10 pagi semalam.

Ketika ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang, empat pelajar itu bersama lima rakan lain didapati ponteng kelas dan melepak di belakang kawasan sekolah itu.

Salah seorang pelajar yang diberkas itu turut memberi alasan mengambil dadah untuk membantunya menajamkan lagi ingatan, selain fokus pada sesi pembelajaran bersama rakan-rakannya.

Tidak kurang juga ada yang merayu kepada penguat kuasa AADK supaya melepaskan mereka kerana risau perbuatan itu diketahui ibu bapa dan guru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Possibly Related Threads...
Mahu Beri Makan, Tapi Digigit Pula Kera Hingga Patah Tulang Putus Urat
Suami Bunuh, Kerat, Bakar Isteri Sendiri Kerana Minta Kereta
Gadis Tertekan Pedal Minyak, Saga Rempuh Masuk Kedai Mesra Petronas
Langkah 2 Saf Jemaah Sedang Solat Mahu Curi Beg Tangan
Isteri Bunuh Suami, Kekasihnya Pula Ganti Ambil Identiti Suami
Bapa Tua 71 Tahun Dipukul Anak Kerana Lambat Hantar Makanan
Wanita Mengaku Salah Belah Perut Gadis Hamil Untuk Ambil Bayi
Pinjam Tak Bayar, Along Ugut Mahu Culik Isteri
Kerana Seekor Lembu, 60 Maut Berbalah Di Sudan
Gadis Hamil 8 Bulan Dibelah Perut Sebelum Bayi Dicuri Wanita Meroyan Mahu Anak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 728
Pelajar Beri Alasan Hisap Ganja Kerana Tertekan Mahu Ambil Spm
sukawg
98639
Forum Jump: